Thursday, January 26, 2012

awak,

awak,
kita dah lama kawan kan?
-ok fine, xdela la lama mana
-tp tempoh masa tu cukup utk kita rapat kan?
so, kalau saya nak tanya awak satu soalan,
awak boleh jujur dengan saya?
saya bukan nak menyibuk,
jauh sekali nak jaga tepi kain awak
tapi saya tak suka dengar orang cakap bukan-bukan pasal awak
dan lagi,
saya tak nak bersangka buruk dengan awak
jadi, daripada saya pon memburuk-burukkan awak,
baik saya tanya awak terus terang kan?

awak,
awak kenal saya kan?
saya ni senang sangat dengar cakap-cakap orang
-memang pon!
tapi sesenang-sesenang saya,
saya ada pendirian
selagi tak ada bukti depan mata saya
saya tak percaya
sekarang ni,
orang yang paling rapat dengan saya bercakap pasal awak,
orang keliling saya pon dah mula cakap pasal awak
saya tak tahu apa nak buat, awak
saya antara nak tak nak percaya dengan cerita-cerita tu
saya nak percaya
sebab yang bagitau saya adalah orang yang rapat dengan saya
-mmg bohong la klu dia tipu kan?
-lgpon, sy mmg percaya kat dia
tapi saya tak nak percaya
sebab awak pon kawan saya jugak
saya rasa bersalah kalau percaya tanpa dengar penjelasan dari awak
bagi saya, semua orang ada hak untuk mempertahankan diri masing-masing
-that applies to you, awak

awak,
saya rasa macam-macam sekarang ni
saya rasa macam tersepit
sebenarnya, sebelum ni saya dah nampak tanda-tanda
tapi saya tak sangka itu bukti
kawan-kawan saya tunjuk bukti-bukti tu
saya dah tengok
dan saya tak tau nak cakap apa
nak salahkan awak terus,
macam tak patut je
tapi dalam masa yang sama
cakap kawan-kawan saya pon betul
saya setuju dengan apa yang diorang cakap
tapi...

awak,
awak boleh tolong saya kan?
jangan tambah pening kepala saya
kalau saya tanya,
awak jawab lurus-lurus ek?
jangan singgah mana-mana
jangan belok mana-mana
jangan u-turn mana-mana
jangan pusing mana-mana
tolong?
saya cuma nak tau cerita betul je
sapa betul sapa salah
sapa salah sapa betul
itu belakang kira
yang penting,
awak
saya
kita tak jadi musuh
disebabkan benda yang boleh selesai ni
persahabatan tu lagi bernilai,
ok?

awak,
terima kasih!


****************************************************


ni luahan aku versi dialog tak dialog..

jangan salah faham..

^_^


syasya

Sunday, January 22, 2012

cukuplah aku seorang

pendahuluan:
aku ada 2 adik
sorang laki
sorang prmpuan
yg lelaki tu
thn ni form 1
maknanya thn lps drjh 6
upsr
alhamdulillah
straight a's
(tahniah tahniah :D)

isi 1:
tggu twrn
sbp
xdpt
sekolah dulu
kat 24(2)
naik basikal
pagi-pagi keluar
dkt sebulan
pastu
mrsm keluar
pon sama
negatif
xde pilihan
stay

isi 2:
sejarah berulang
aku xpe
aku xkisah
aku da boleh terima
sikit-sikit
tp aku kesian dia
aku kesian parents aku
sebab
dlm family aku
xde lg yg dpt
semua org
kecewa
sedih
tp
apa blh buat?
da nsib

isi 3:
aku rasa mcm
nk nangis lg sekali
knp msih xde rezki?
aku terima klu aku
tp utk adik aku
knp msih tertutup?
msih xde peluang?
aku ingat
reaksi mak aku
masa tau adik xdpt
sebijik time aku dulu
terseksa jiwa raga aku
tgk mak aku sedih
sekali lg
rasa mcm
nk pergi serang je kementerian
tau x betapa
hancur hati ni
tgk mak ayah bersedih?
TAHU TAK AKU TANYA??!!
TAHU TAK??!!!
lagi-lagi
ni kali kedua
cukupla aku sorg
yg da berjaya
tumpahkan air mata ibu
krn kegagalan
jgn bg adik aku
di tempat yg sama
aku rasa macam
aku ank plg xberguna
dlm dunia ni

isi 4:
aku tertny
apa dosa aku?
apa dosa adik aku?
apa dosa family aku?
mana salahnya?
sampai 1 apa pon xlekat?
usaha?
sudah
doa?
sudah
dan nk jujur lg
kabel?
pon sudah
apa lg yg xcukup?
apa yg xlgkap?
cuba cakap!

isi 5:
aku rasa
nsib aku adik beradik
mmg bkn
di mana2
sbp
sbpi
mrsm
mgkin
rezki kitorg
memang
di sekolah biasa
sebagai
pelajar biasa
tp yang
luar biasa
xpe
aku buktikan
aku pon
blh berjaya
walau sekolah aku
xse-gah mana

penutup:
aku tau
salah
utk salahkan
org lain
xboleh
tunding jari
kat mana2 pihak
kene terima
tapi
sakit hati berulang
kembali
dgn kesakitan
2x gnda pedih
dr yg mula2
aku rasa
mgkin aku
akn jd seorg
pendendam tegar!
-nauzubillah...
skrg ni
hati berdarah
sekali lagi
ntah bila
nk terubat
silap
ntah akan
hati terubat

mencari penawar,
nursyasya rosman

Friday, January 20, 2012

three boys and a man

this was supposed to be posted last year,
but because of some reasons,
i made a decision to keep it to myself..
but today,
as i read it again,
i think there's nothing to hide anymore..
and, to think more about it,
it was the past..
which means, it is now a memory
so, let's just recall the moments together..

Being in the same class with the three boys is something that i'm proud of
Since the three of them are very popular among the teachers and especially girls,
It’s sometimes fun to see how the girls react when they pass by the boys
Funny, seeing how they look at the boys
As if the three were the F4's from boys over flowers
Since I always stay back at school
And stay at the surau with Ainul,
We’ve seen a bunch of that situation,
And believe me, she witnessed more than I do
And still, she’s new here! Haha - cayalah ainul!
We both always observe the girls who comes to the surau
Listen to what they’re talking
Look to the direction they’re looking
Guess what, it’s the boys they’re talking about
And it’s the boys they’re looking at!
Sitting at the corner ourselves
Sometimes we laugh seeing such reactions from the little cute girls
Ainul and I have been in the same class as the boys
We know them at least 0.1% better than the girls
There’s actually nothing much of their charms that we attracted to them
It’s just fun being friends with them and until the end
It is always a pleasure of befriending with them

Looking back at the situation reminds me
That I used to be like the girls too!
There was this boy who I had a crush on
He was older than me
And after some times, i feel like
I want to get to know him
Be friends with him
And be closer to him
Up until now, I still smile whenever I think of him
Not that I still like him,
But come on, it takes a lifetime to forget someone, right?
Plus, he was my first crush
So I took it as normal for me to feel that way
-ala biasala, dah nama pon budak2 kan?
But remember this one thing
I dont and would never put my hopes up for him
Because I believe in HIM
I know HE prepared someone
Who’s best fit as my one and only life partner
I dream for that
I hope for that
And also I pray for that
^_^

the end of the memory..

P/S: the 'memory' is edited a little here and there..
sorry for not sharing the full memory like i said i was going to
because as i went through the memories again,
i thought that maybe some stories are best to be untold..
sorry again

nursyasya

Saturday, January 14, 2012

prinsip tetap prinsip

walau macammana macammana sekalipon,
prinsip tetap prinsip.
suka ke,
benci ke,
prinsip tetap prinsip.
hati terusik ke,
hati terasa ke,
prinsip tetap prinsip.
dan sebagai org yg ada prinsip,
aku sepatutnya patuh pd prinsip tu..
lg2, aku sendri yg buat prinsip tu..
so, sgt2 xwajar klu aku melanggar prinsip sendiri..
jadinya, sekrg ni,
aku doa agr hati aku kuat
utk mempertahankan prinsip tu..
dan andaikata aku kalah dengan prinsip sendiri
setelah aku sehabis daya mempertahankannya,
aku anggp itu mmg takdir aku,
dan aku xkan lawan..
sapa tau, mungkin mmg itu yg terbaik buat aku?

nursyasya.

Friday, January 13, 2012

wey, aku sayang ko!

hari ni, aku betul2 rasa bertuah..
sebab aku baru nampak betapa indahnya persahabatan..
alkisahnya gini;
tadi ada mesyuarat agung ppim..
aku pergi jela tanpa rasa apa2 pun..
then start la pemilihan ajk suma uh..
fadi ada tny aku,
kalau aku dpt, aku rasa terbeban tak?
aku terus jawab beban la..
mana tak, ppim tu bkn sikit nk handle,
pulak major nya dak asrama..
aku xnakla ganggu 'kenormalan situasi' masa tu..
gpon, aku mmg xkisah klu ppim ni,
seriusly!
aku lg suka klu dorg yg wat kerja, sbb senang jumpa ustzh..
mcm td pon, yg dicalon suma bdk asrama..
yela, dorg dah biasa kan
n aku ok je..
xkisah pon..
ok fine, yg sejujur jujur jujur jujurnya,
aku dah xkisah dah..
ala, xpe... seriusly aku ok je td..
so, terus la dgn pelantikan2 suma tuh..
elok2 dah habes, tetiba ustzh padam nama ajk f5..
then nama aku dorg sebut..
masa tu aku blur asal lak ustzh nk tukar,
then dorg la yg gtau kenapa..
rupa-rupanya ustzh kata sebab yg td tu f5 da ramai bdk asrama
so yg ni ustzh nk bdk luar..
ok sejujur jujur jujur jujurnya lagi,
air mata aku bergenang, percaya tak?
betul2 masa nama aku ditulis kat whiteboard uh
sumpah, xtipu!
tp aku cepat2 cover la kan..
nsib baik xsempat jtuh..
n nsib jgk xde org nmpak..
aku xtau asal la aku blh emo sgt td..
bila pikir blk ni, mcm kelakar pon ada..
yela, gaya mcm menang pilihanraya je nk emo2 bagai..
haha,
tp tula, mungkin sebab td tu aku btol2 xsgka blh jd cmtu..
aku, ntah ah, terkejut sgt2..
aku btol2 xterpikir yg ustzh bg peluang kat bdk luar..
sbb td tu dah nk blk kan, so suma nk cepat2..
aku pikir penuh je whiteboard tu, habes ah..
tetbe ade twist kat hujung..
xtau nk gambarkan perasaan aku masa tu cmner..
bercampur2 aku rasa..
tp the best part yg aku akn ingat sampai bila is
bila fadi cakap ni:
akhirnya impian aku dri f1 tercapai jgk
aku:
impian apa?
fadi:
sbnrnya dr f1 lg aku nk jdkan ko ajk,
bila f5 ni baru tecapai..
tu td aku tny ko klu ko dpt, ko beban tak?
dah ko kata beban td, aku diam je la.
akhirnya, dari f1, f5 baru tercapai..
aku:
yeke? ...........................................
aku xtau nk reply mcm mana lg..
masa tu mmg jujur ah, seriously tersentuh giler..
aku xtau nk react cmner..
otak aku mcm ter'bengong' kejap memikir..
n masa tu la aku nmpk indahnya persahabatan..
betulla, klu kita ikhlas berkawan,
apa je yg kita buat, kita akan sentiasa ingat kawan kita..
aku rasa aku bertuah sgt sgt sgt sgt sgt sgt
sebab aku dpt kwn mcm fadi..
ingat senang ke nk dpt kwn mcm tu?
oh ye, kok ye pon korg jeles aku ade kwn cmtu,
jgn pulak nk rampas dia dr aku eh!
aku pelangkung sorg2 kang!
hahahaha :)
merepek pulak........
biasala, da nama pon syasya :P
so pengajaran hari ni,
hargailah kawan anda..
dan sentiasa berprasangka baik
pada semua org dalam setiap keadaan..
kita xtau apa yg akan terjadi pada masa depan..
peluang kedua tu ada sebenarnya,
tp bkn suma org dpt peluang tu..
so, kita xsepatutnya mengharapkan peluang tu dtg,
cuma, andainya peluang tu btul2 dtg,
jgn sia-siakan dan jgn begitu ego utk terima..
biasa la manusia buat salah,
bila ada peluang nk betulkan, jgn disiakan..
gunakan sebaiknya peluang kedua tu..
macam aku sekarang ni,
aku dpt peluang utk betulkan blk pemikiran aku,
positifkan apa yg negatif
n aku berterima kasih sgt2 pd kawan aku
yg dah mnyedarkan aku byk perkara..
so akhir kata,
aku sayang ko!

-syasya-

Thursday, January 12, 2012

aku dah sedar dari koma dendam

tadi, meeting pengawas..
tp bkn nk citer pasal meeting tu,
ni nak citer pasal apa yg aku dpt masa meeting tu

td aku seolah2 tersedar dari mimpi yg panjang,
sebab apa?
sebab tn haji..
dlm ucpn tn haji td,
ada myentuh pasal isu yg selama ni plg teramat sgt aku xsuka..
bkn xsuka apa, bnda tu selalu mghantui aku,
tu yg benci+sensitif+penat sgt dah bila pikir blk..
tp apa2 hal pon, ucpn tn haji td tu rasanya terkesan kot kat aku..
sebab masa tn haji ckp tu,
aku rasa something dlm hati aku..
ssh nk describe apa yg aku rasa tp aku tau la perasaan tu apa..
tu tanda aku btol2 ter'moved' dgn apa yg tn haji ckp..
thun ni hari2 ada bdk baru nk masok sek..
n aku pikir asal la mak ayah nk sgt dftr ank2 kat sek ni..
apa sek lain da penoh melimpah2 sgt dah sampai semua nk msok sini?
tu, samttaj, sambest ada, asal nk 18 gak?
aku sendiri xrasa sek aku ni hebat mana
so, aku pikir pny pikir pny pikir pny pikir pnyla puas aku pikir,
lastly i came up with a conclusion that:
since 18 is truly HEBAT, parents dont have a choice but to say YES!

btol xbtol conclusion aku tu xtaula kan,
tp salah satu logiknya itula,
mgkin selama ni aku dah dibutakan dgn pemikiran aku sendiri..
disebabkan aku xblh terima kenyataan,
aku dah keraskan hati aku pd bnda yg xsalah n xde kaitan lgsung..
sampai aku yg dah dekat 5 tahun kat sini
xnampak apa kelebihan yg ada pd sek yg org lain blh nmpk..

so hari ni, kata2 tn haji td btol2 mnyedarkan aku..
aku rasa bersalah dgn sekolah tu, aku rasa berdosa sgt2 dgn sekolah tu,
dan baru hari ni aku btol2 bersyukur yg aku terpilih utk mnjadi murid kat situ..
sekarang baru aku tau yg
sekolah aku sekarang ni, adalah yg terbaik bg aku!
aku xsgka n xpernah mimpi yg aku akn ckp mcm ni tp hari ni aku akui,
sekolah ni mmg yg terbaik buat aku!
pendidikan yg aku dapat adalah yg terbaik,
sebab cikgu-cikgu aku adalah yg terbaik,
jadi, kawan-kawan aku juga adalah yg terbaik,
and so, kenangan aku kat sini adalah yg terbaik drpd yg terbaik!
dan betul apa yg tn haji ckp,
masok je sekolah ni, blh rasa sejuk..
sblm ni aku xpernah terpikir pon, xpernah rasa pon 'sejuk' tu
tp lepas dgr tn hj ckp td,
aku sempat la muhasabah diri aku sekejap,
aku flashback blk moment2 aku kat sekolah ni,
apa yg aku rasa,
apa yg aku alami,
dan aku nmpk logiknya sekolah ni sejuk..
mmg btol pon..
hati aku xpernah xtenteram kat sek ni..
mungkin kdg2 tu ada la jgk kat aku menggelabah semacam
tp xdela sampai mengganggu aku sgt..
aku still blh control
n wlu mcm mana pon aku dah smpai limit aku,
aku xdela nk meletup time2 tu jgk..
hati aku reda blk sikit sikit..
dan aku ni bkn jenis cepat reda, aku ni pendendam..
so apa yg aku mksdkan ialah,
sekolah ni mmg bg ketenangan pd aku,
mungkin xbyk tp sekurang-kurang nya ada..
it's better something than nothing..


-3 abk (thnks aina) my best class so far


so, conclusionnya hari ni,
aku yakin yg ini jln hidup aku yg terbaik..
betul, ALLAH tu MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik utk hamba-hambaNya
DIAlah yg SEBIJAK-BIJAK PENCIPTA
dan setiap yg telah ditentukan, ada hikmahnya..
aku yakin dgn tu..
alhamdulillah..
hari ni aku dpt tarik nafas lega..
aku rasa mcm batu yg mengasak2 aku selama ni
da terbang ke mana ntah..
biarlah dia main jauh-jauh,
aku rasa lg ringan bila dia terbang..
aku harap, aku akan terus bersyukur
n semoga benda tu xganggu aku lg..
aku da terima kenyataan tp aku masih perlukan kekuatan..
aku hrp tn haji terus ingatkan aku dari semasa ke semasa dlm ucpnnya..
terima kasih tn haji,
terima kasih ya Rabbi,
atas segala nikmat ini..

yangikhlassedanggembira,
nursyasya rosman.

Tuesday, January 3, 2012

penantian bertahun hampir berakhir...

well, at least aku harap penantian tu berakhir..
klu xde ending jgk, silap haribulan blh berdendam aku..
xpela, sekarang peluang depan mata,
dan aku xkan sia-siakan..
Tuhan je yg tau betapa aku mghrpkan peluang ni dtg..
so bila dah dapat ni,
aku akn pastikan aku balas segala apa
yg terpendam dlm hati aku selama ni..
mungkin bunyi mcm jahat, seolah-olah nk balas dendam,
well, biarlah aku je tau kebenarannya..
apa2 aku buat, biar aku je tau..
berani hidup berani la mati kan??
sendiri buat, sendiri tanggung..
aku dh sedia..
aku dah byk kali makan dalam selama ni,
biar kali ni aku makan luar pulak,
yg pasti dibelanja org, bukan duit sendiri..
barula betul mggunakan peluang yg ada kan?
nmpak aku mcm boleh dimain2kan je kan,
tp tolong la,
klu xkenal aku, jgn ckp pape..
a book is not to be judged by its cover
and a person is not to be judged by his appearance..
rasanya klu org kenal sapa aku yg sebenarnya,
boleh pengsan kot..
so nasihat aku, jgn cuba2 nak cabar kesabaran aku..
sekali aku meletup, taulah langit tinggi rendah..
tp klu xde org kacau,
xdelah aku nk buat perangai buruk tuh..
klu aku buat, mmg dlm kategori melampau la kan..
nnt org ckp kurang diajar pulak kan..
apa2 hal pon,
peluang yg dtg ni,
aku xakan sia-siakan..
aku akan gunakan dgn sebaiknya dan sepenuhnya..
jahat xjahat, baik xbaik,
tu blkg kira..
yg penting sekarang ni, hati aku..
lantak la org nk ckp aku pentingkan diri ke apa ke,
yg pasti, drpd hati aku terus bernanah dek dendam xsudah,
lebih baik hati aku berparut..
ada kesan pon xkisahla jnji xsakit hati lg..
aku da xlarat nk tanggung kesakitan yg berpanjangan ni..
cukuplah setakat ni je..
aku nk hentikan semua kekusutan dan kesakitan ni..
biar bnda tu mula kat sini,
habis pon kat sini jugak..
aku xnak menyesal satu hari nnti..

Monday, January 2, 2012

wake up, it's 2012!!

dah datang tahun baru..
dah pergi tahun lepas..
sepatutnya tahun baru, azam pon kene baru kan?
tp klu azam thun lepas xterlaksana macammana?
well, klu aku, aku akn ulg azam yg sama..
sampai la azam tu terlaksana..
so, that means, there's no azam baru utk aku thun ni..
sbb azam aku thun lepas xterbuat..
aku akn teruskan azam aku thun lepas,
cuma diupgradekan sikit,
sbb bila da upgrade,
ada la cabaran baru kan?
so, xdela aku ulg bnda yg sama aku buat thun lepas
walaupon azam aku xberubah tahun ni..
hmm, apa azam aku?

first, jwpn cliche budak sekolah,
mestilah aku nk belajar rajin2, sungguh2
sampai aku puas hati dgn pencapaian aku..
thun lepas, aku gagal bg kegembiraan kat mak ayh aku..
result aku xbgitu memuaskan,
so aku gagal nk lksanakan azam tu..
jdnya utk thun ni, yg versi upgraded nya,
aku nk belaja sampai dpt straight a's dlm spm..
biar aku dapat terbang.. xlarat dah ddk sini..
aku betol2 nk pergi!!
n yg plg penting, aku nk bg senyuman kat mak ayh aku
yg thun lepas aku gagal nk bg..
aku nk mak ayah aku bgga dengan aku..

second, aku sbnrnya nk blaja masak..
macam kelakar pulak azam tu.. hehehe..
thun lepas sbnrnya byk kali mak aku pggl ajak masak..
tp aku yg xpergi, malas!! hehehe
anak apa la mcm ni..
plg2 aku khatam pon masak nasi..
tu pon kdg2 terlebih air.. :P
xpe, thun ni aku cuba utk at least sekali la
aku masak utk family aku..
xpon, aku nk mahir masakan yg specific
yg bilamana mak aku suroh buat,
mak aku xrasa risau tkot xjadi ke apa..
aku cuba.. dan aku pastikan jgk aku khatam..

bila dah form 5 ni,
sejujurnya,
apa yg aku betol2 fikir ialah
kehidupan aku lepas spm..
bkn budak sek lg dah..
xleh nk ddk rumah dah..
xleh blaja masak dgn mak dah..
kene belajar berdikari dah..
so, sbnrnya, antara spm dgn tggl sendiri,
aku lg tkot tggl sendiri
aku ni nmpk je cam lepak je kat luar kan
tp dlm hati aku, aku ni lemah sbnrnya..
aku xleh bygkan aku tggl asing drpd mak ayh aku..
berpisah dgn adek2 aku..
ayah aku g outstation sekejap pon
kdg2 aku tringat sampai terkeluar setitik dua air mata,
ni lg aku nk tgglkan rumah..
xtau aku blh lawan atau x perasaan tu..

so,
dtglah azam ketiga aku yg aku cuba dr thn lepas
tp xsikit pon xjadi iaitu
aku nk tingkatkan keyakinan pd diri sendiri..
aku ingat, makin aku senior ni,
makin bertambah keyakinan aku..
tp the more keyakinan aku tumbuh,
makin aku jd penakot..
pelik kan? entah la.
aku pon xphm..
so thun ni,
aku cuba jgk utk tingkatkan keyakinan aku tu..
keyakinan yg utuh..
so that aku bersedia tempuh hidup lepas sekolah..

then, azam keempat and probably yg terakhir,
aku nk berubah mnjd org yg lg baik..
aku dah cuba thun lepas,
tp aku mcm xpuas hati sgt dgn perubahan aku..
aku xnmpk apa2 kesan positif yg berpanjangan..
itu mknanya azam aku xterrealisasi lg..
jd, thun ni aku akan teruskan buat perubahan pd diri aku..
sikit sikit, xpe asal ada kesan yg kekal
lambat lambat, xpe asal aku puas hati
dan org keliling aku pon selesa dgn aku..
aku nk polish personaliti aku..
spy jd org yg bermaruah, berwawasan dan bermotivasi..
aku nk tingkatkan personaliti tu,
so that aku tau aku ada kekuatan tersendiri...
jd secara xlgsung,
keyakinan aku pon bertambah.

so,
aku hrp azam2 recycle aku ni
akn dpt dilaksanakan dgn baik dan sempurna thun ni..
aku betul2 berharap agar aku diberi kekuatan
spy apa je dugaan yg dtg
dlm proses aku melksanakan azam aku tu
dpt aku atasi dgn bijak dan berhemah..
semoga tercapai cita-citaku..
insyaALLAH

selamat tahun baru!

nursyasya rosman