Thursday, January 31, 2013

another heartbreak

assalamualaikum..

hah... aku boleh mengeluh je..

tadi, aku pergi sekolah.. then jumpa la cikgu-cikgu, salam-salam.. and aku jumpa la pn sarzini, my mentor! (ok, teringat pulak yang cikgu suro lukis 'pokok-pokok personaliti 'tu.. memang betul la apa yang cikgu terangkan tu.. macam kene tembak tepat kat kepala je rasa..) ok, nak dijadikan citer, sembang-sembang la sekejap kan.. and it came to the topic 'nak ambik apa?' dan adik beradiknya.. sampaila kepada dilema 'kalau amek sekian sekian, susah dapat kerja'.. but, then, pn sarzini gave me some sort of a hope.. she said:

'kamu nak ambik bidang apa pon, ambik la.. belaja sampai dapat first-class degree.. nanti, kerja yang cari kamu'

hati aku berbunga.. aku seolah-olah nampak harapan aku kembali ada.. dan masa tu, dalam kepala aku ada bayang mak ayah aku je.. memang tak sabar dah ni nak balik.. tapi masa tu da plan nak lunch dengan pn jo.. so, makan la dulu.. sembang-sembang (as always).. then balik.. tapi aku tak cakap lagi la dengan mak aku.. ntah la.. tak terasa nak bukak mulut pon..

sampai la malam td dalam pukul 7.45, aku bukak mulut depan abah aku..'cikgu kata, kalau belaja sampai first class degree, bidang apa pon, kerja tu ada.. jadi boleh la ambik forensik..' slow je aku cakap.. lagi-lagi part last tu.. then abah aku jawab, 'kalau ambik medik, setakat lulus je dah boleh dapat kerja.. jadi doktor ni tak perlu first class degree.. sebab nanti dah kerja pon dia akan sentiasa ambik ujian..' ayat pertama je dah boleh faham kan? hancur hati aku, seriusly.. aku tak jawab balik.. dan keadaan masa tu jadi silent.. dengar bunyi tv je.. so, aku tau la memang mustahil dah semua ni..

sejujurnya, aku pon sebenarnya ragu-ragu pasal forensik tu.. haritu tengok gambar kepala pecah, otak hancur, isi perut terburai, aku dah cakap dah 'maybe aku kene pikirkan balik pilihan aku ni'.. tanpa sedar pulak tu aku cakap, membuktikan aku sendiri tak yakin.. dan aku tau kerja ni memang takde life.. dah kata pon kerja dengan orang mati kan? kotor, dan berisiko.. aku tahu semua tu.. but despite all this, aku makin eager nak teruskan dengan pilihan yang aku sendiri tak sure.. aku penakut, tapi aku nak main dengan benda yang mendatangkan ketakutan tu.. aku rasa, mungkin ni semua ada punca dari kedegilan aku jugak.. yang orang tak bagi tu la yang aku nak.. malah, lagi tak bagi tu la yang aku lagi nak sangat-sangat..

aku dah cuba pikir bidang lain yang mungkin aku suka.. engineering, aku suka.. memang selama ni pon aku berangan aku keluar masuk ofis, turun tengok site, pegang kertas gulung tu.. in fact, ada niat lagi nak amek LK form 4 dulu.. tapi tak suarakan pon.. sebab masa tu aku excited nak belaja bio, and parents aku pon tak setuju kalau aku amek bidang tu.. so engineering - out! then, law.. aku berminat jugak.. at first, parents aku dua-dua setuju.. jadi peguam syari'e la.. aku pon ada pergi mahkamah haritu, tengok perbicaraan suma.. berminat, serius berminat.. tapi bila sampai hari ni, 'tak payah la law.. apa guna belaja sains.. rugi.. ambik medik la..' so law - out! dan, itu je pon yang aku suka.. tinggal business studies je paling-paling pon.. tapi aku rasa rugi kalau aku amek tu.. sebab aku aku belaja camner nak handel business, sedangkan aku tak de produk yang nak dimarketkan.. unless bapak aku ada syarikat sendiri, boleh la aku consider.. sebab kalau macam tu, aku da ada benda yang nak diniagakan, dan tinggal nak majukan je syarikat tu.. kan? so business - also out! and one thing for sure, medic was never on my list..

so, memang tinggal forensik je yang the heart desire sangat ni.. sekarang ni, memang aku sedih sangat, aku frust.. sebab satu-satunya benda yang aku suka, yang aku nak buat, ditentang mak ayah.. sekarang baru aku rasa betapa sakitnya bila pilihan sendiri tak diterima.. bila teringat balik pasal benda ni, memang hati aku sayu dan aku tak boleh nak kata apa.. makin aku cuba untuk dekatkan diri dengan medik tu, makin aku rasa jauh.. ntah.. mungkin, aku belum bukak hati aku sepenuhnya lagi and maybe, i did'nt try hard enough..

* hoping for a better tomorrow, insyaAllah *

-nursyasya rosman-

Monday, January 28, 2013

proud + jealousy = projeal :D

ok ok ok..
hari ni, aku straight to the point je.. terkejut plus bangga plus jeles ni.. hehe.. takde, tadi aku bukak facebook and bangga giler baca status kawan aku yg katanya dia da bukak syarikat under the name of 'zafran design'.. dan kawan tu, raziq.. ketua kelas tu.. serius, tabik spring sama dia.. aku tak sangka seawal ni dia akan bukak bisnes betol2.. memang sebelum ni dia ada cakap nak bukak bisnes khat dia, and mak dia nak tolong and everything, but well, aku pikir dia nak bukak tu time yang betol-betol kitorang da capai 'umur bekerja' la.. faham kan?? tak sangka pulak sekarang ni.. sekarang! dah ada syarikat yang dah didaftar under SSM.. wah, memang tabik la, xtau nak cakap apa dah..

bangga, memang bangga, aku bangga untuk dia and bangga dengan dia.. at least, one day aku boleh brag yang raziq, pengasas zafran design yang famous tu, kawan aku.. wah.. bayangkan la dia sendiri, parents dia, adik beradik dia, family dia.. aku yang kawan biasa-biasa dengan dia pon boleh bangga dan kagum cenggini, apatah lagi mereka semua tu.. rasa macam nak tepuk tangan je ni.. tahniah!!

dan, ni jugak membuatkan aku jeles.. at least, dia dah ada jalan masa depan.. tinggal nak lalu jalan tu dan majukan diri je.. aku?? isi upu tu pon dah boleh bebal kepala ni.. aku tak tau apa yang aku nak amek.. aku tak tau aku minat apa, aku keliru.. parents aku, dua-dua nak aku ambik medik.. aku bukan tak nak, tapi bila sebut medik, hati aku tak rasa apa-apa.. aku tak rasa teruja macam mana aku rasa everytime aku dengar perkataan forensik.. basically, dua-dua tu sama, bezanya, medic is life, forensic is death.. aku rasa bersalah sebenarnya.. sebab aku tau sangat mak ayah aku teringin anak yang sorang ni jadi doktor, wakil pertama dalam family sebab cousin-cousin aku suma tak de lagi yang amek medik.. tapi, jadi doktor tu bukan minat aku.. aku pon tak tau kenapa aku tak suka medik sedangkan medik dengan forensik asasnya sama je.. macam aku cakap tadi, medik, aku main dengan benda hidup.. forensik, benda mati.. tapi sama je.. manusia jugak yang akan aku attend tu..

sampai sekarang ni hati aku still rasa uneasy.. dalam upu tu, aku tak leh buat keputusan.. last-last, aku pilih je yang abah aku cakap.. it's better something than nothing.. kadang-kadang kan, aku rasa nak give up je pikir semua benda ni.. aku ingat, aku nak ikut je apa yang mak ayah aku nak.. suka tak suka, minat tak minat, tu belakang kira la.. asalkan mak ayah aku redha dengan apa yang aku buat tu.. daripada aku buat benda yang mak ayah aku tak suka, aku berjaya macam mana pon, berkat tu tak de.. tapi.. haish, ada jugak tapi.. apa yang aku tapikan pon aku tak tau.. aku tak de sebab nak bertapi-tapi, tapi dia nak keluar jugak.. aku sebenarnya tak nampak bayangan masa depan aku.. maksud aku, kalau orang tanya 10 tahun lagi aku akan jadi apa, aku tak de jawapan untuk tu.. aku masih keliru..

mak ayah aku pernah, pernah sekali, bagi restu untuk aku ambik forensik tu.. memang sekali tu, pernah.. setelah dua tahun jugakla aku menyebut-nyebut forensik tu, akhirnya aku dapat green light.. tapi, tak sampai 3 hari pon restu tu, dah 'ditarik balik'.. mak aku sembang-sembang dengan cikgu aku and cikgu aku citer, anak buah cikgu aku tu amek forensik, last-last jadi penganalisis jenayah bank.. hari-hari nak kene tengok nombor.. kenapa?? forensik kat malaysia tak meluas lagi, so susah nak kerja.. masa mak aku cakap tu, aku boleh tunduk dan diam je.. aku sedih.. mainly because my parents dah tak restu lagi pilihan aku, dan mungkin tak akan restu lagi.. aku tahu mak ayah aku nakkan yang terbaik untuk aku, mak ayah aku tau risiko yang boleh membahayakan hidup aku kalau aku teruskan jugak dengan bidang tu, dan mak ayah aku tau yang bidang ni, masa depan tak berapa nak terjamin.. aku tahu semua tu.. tapi, aku takde sebab nak bertapi..

sekarang ni, perkataan forensik dah sepi dah.. aku ada jugak sebut, baru-baru ni jugak la.. tapi mak ayah aku tak respon apa-apa.. kalau dulu, walaupun tak restu, mak ayah aku ada jugakla cakap-cakap macam 'ambik medikla, keluar-keluar terus boleh kerja' atau 'eei, forensik ni.. nanti dapat mayat kepala pecah, perut terburai, sanggup?'.. at least ada respon walaupon respon tu berbentuk 'menolak forensik', aku tak kisah.. tapi kali ni, diam terus.. nampaknya memang dah takde harapan..

sebulan lepas, abah aku operate.. yang operate tu doktor india.. yang memantau abah aku pon doktor india.. yang keluar masuk pon majoriti doktor india.. orang melayu ada, ramai, tapi jadi nurse.. abah aku tanya, tak tercabar ke? hati aku cakap, gila tak tercabar.. tapi mulut aku senyap je.. aku tak boleh respon.. kalau aku cakap aku tercabar, aku rasa macam aku dah bersetuju nak jadi doktor, kalau aku cakap tak tercabar, itu dah menipu.. so penyelesaiannya, diam je.. memang, aku memang tercabar.. tapi dalam masa yang sama, aku pelik.. kenapa doktor melayu boleh sikit? sedangkan aku rasa banyak je yang ambik medik.. yang kat al-azhar tu, kat india tu, banyak medik kan? ke fakta aku yang salah selama ni? ntah la.. lepas tengok sendiri dengan mata kepala aku, aku jeles dan aku tercabar tengok kaum lain berjaya.. kalau diorang boleh buat, tak kan aku tak boleh? malu la.. kan?

lepas balik dari hospital tu, aku pikir.. jadi doktor ni banyak pahala, banyak budi kita tabur kat orang.. abah aku pon cakap, jadi doktor ni, jasa dia berguna, sebab kita berbakti untuk orang yang masih hidup.. kalau forensik, jasa dia setakat dia kumpul bukti, cam mayat, setel kes, tu je.. betul jugak apa yang abah aku cakap tu.. buat aku berbolak-balik lagi.. ntah la.. motivasi aku untuk cuba open up kepada medik ni, apa yang abah aku cakap tu je.. tapi sampai sekarang aku rasa aku tak sedia lagi.. hati aku sedih.. aku tak rasa dipaksa, parents aku tak pernah paksa aku untuk ambik medik tapi aku tau itu harapan mak ayah aku.. aku rasa macam itu tanggungjawab aku untuk penuhi harapan tu.. tapi aku tak mampu nak pikul..

apa-apa hal pon, sebelum aku betol-betol dalam dilema, apa yang penting, result SPM.. aku kene score yang paling the best untuk capai hasrat dan harapan mak ayah aku.. ni satu lagi aku risau.. aku takut result aku........ astaghfirullahalazim.. ya ALLAH, izinkanlah aku dan rakan-rakanku memberikan kegembiraan di hati ibu bapa kami ya ALLAH.. berilah kami keputusan yang terbaik setelah mana kami berusaha ya ALLAH.. amin..

semoga semuanya dipermudahkan..

ok, back to raziq balik sekejap.. dia dah tau apa yang perlu dia buat.. aku? aku masih perlu buat keputusan.. tak pe la.. mungkin, ini bukan masa aku lagi.. tapi, itu tak bermakna aku perlu duduk dan tunggu bulan jatuh ke tanah kan? aku tak boleh janji yang aku akan ikut apa yang mak ayah aku harapkan tapi aku boleh cakap yang aku akan cuba untuk terima apa yang dicadangkan.. pilihan mak ayah itu sentiasa yang terbaik kan?

aku dah luahkan semuanya.. hehe.. tak sedar pulak dah syok-syok tulis ni.. sedangkan tadi topik pasal zafran design.. ok la, apa-apa hal pon, aku wish raziq goodluck dengan bisnes dia, dan semoga rezeki dia sentiasa murah dan dipermudahkan.. dah sorang kawan aku berjaya.. alhamdulillah.. semoga, makin ramai yang ikot jejak langkah dia, dan harapnya salah sorang daripada yang mengikut tu adalah aku!! teringin jugak nak ada bisnes sendiri.. hehe...

akhir kata,
goodluck and all the best untuk semua..
'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' - raziq proved it!
so peringatan untuk diri sendiri dan semua,
jangan takut untuk lakukan sesuatu,
jangan mengalah sebelum mencuba,
percayakan kemampuan diri,
dan jangan lupakan DIA :)

untill then, bye bye and assalamualaikum...
-nursyasya rosman-

Tuesday, January 8, 2013

penanam anggur kehormat

assalamualaikum..

yes, i'm officially the most succesful, most excellent, the greatest penanam anggur of all time.. huisy, dah mati kebosanan tahap infiniti dah kat rumah ni.. ceh, ni gaya baru habes spm.. blm betol2 lg.. tp aku dah rasa la susahnya mencari kerja.. aku apply job kat byk tmpt, semua bg jwpn sama : nanti apa apa hal kitorg call.. dan setiap hari, aku pastikan henfon aku sentiasa ada di tempat yang line sgt masyuk.. but sadly, not even a single call i received.. sedih gak la.. sebab aku mmg nk kerja.. seriusly, duduk rumah, otak tak berkembang langsung.. sudahla kat sekolah pon kadang-kadang otak tak berapa nk berkembang, inikan lagi kat rumah tak buat apa apa.. boleh biol kot aku kalau bukak addmath blk.. hahaha.. mak ayah aku pulak, well, x galakkan aku g kerja.. sebab? mak ayah aku nak aku habeskan lesen dengan jayanya supaya nanti senangla aku nak g mana-mana. lagipon, once aku da start kerja, bkn senang nak mintak cuti.. susahla kacau kelas kan?

lepas tu mamaku tercinta suro aku belajar masak, jahit, etc.. and i was like *mukatakbersalah*.. mak aku selalu ckp, inila masa nk belajar.. masuk u nnti, xde masa dah.. lepas tu sibuk kerja, kahwin, tu bila lagi nk ada masa cmni? then as always aku jawab, ala nnti beli kedai je, atau, zaman akak nanti byk produk fastfood utk sesuaikan keadaan org busy, xjd isu la ma, atau, cari la laki pandai masak, xpon jenis x cerewet, habes cerita.. then serangan bom dari mak aku, habestu balik rumah mak mentua bungkus kedai jugak? aku pon angguk seraya berkata, beli, lepas tu masok tupperware yg ori tu, xperasan la.. haha.. ada je kan modal nak membidas balik? ni contoh yg tak baik ye adik adik sekalian.. sila jangan ikut teladan yang tidak bermoral ini, terima kasih..

then, belaja jahit? well, that's something i can work with.. at least, i think i do.. sebab aku budak ert kan dulu, so jarum, benang, da biasa.. and i'm kind of excited to the idea making my own clothes and curtains.. aku nak belaja, tp mcm idea atas angin je.. xde inisiatif pon nk mencari mana2 kelas menjahit yg terdekat.. angan angan mat jenin jela.. yo yo o mak aku ckp, belajar la jahit, nnti kahwin buat langsir sendiri semua, baju raya anak-anak xyah hantar kedai, save bajet.. well then, let's get started!!? in your dreams!! tapi, memang, kalau mak aku nk daftar kelas jahit, tu aku nak.. kalau kelas buat kek ke, cekelat ke, xgemar sgt aku.. setakat pergi belaja, tau macam mana tu boleh la sekali dua.. tapi utk yg betul-betul nak belaja, jahit.. aku ntah la, kalau kelas masak yg berkaitan pastri, kek, kuih raya, xberapa minat sgt.. suka tu suka la, but that's just won't do.. kalau yg masak lauk2 tu, yg tu xpe.. memang aku suka.. but then, nak belaja masak lauk, dengan mak jela kat rumah.. perlu ke kelas2 bagai? money is not to be wasted..

then apa lagi nak citer.. oh ye, cuti ni, habes dah 2 drama korea aku tgk.. dan yg overnya, aku belaja tulisan korea? seriusly, i did.. youtube has it all.. tp xkhatam pon la.. aku just belajar huruf2 dia je.. dah tau tu, maka graduate la aku dr 'kelas' tu.. ok, nak gelak, gelak.. nak kata, kata.. aku sendri pon xsangka boleh sampai tahap tu.. dan belajar tu pon actually xsengaja.. aku jujurla tgk video2 kat youtube tu, then tekan2 kat related semua tu, until i came across the video lesson.. aku pon capai pen, capai kertas, (sebenarnya aku mintak adik aku carikan.. hehe.. -sekali lagi contoh tidak baik-) then belaja je la dah alang2 tu kan.. conclusionnya, cuti ni, memang xde faedah bg aku.. tadi pon tgk citer korea lg.. aduhai.. tahap addicted dah ni.. bahaya bahaya..

so so so, habes topik korea tu, semalam, keluar dgn engku, aqilah, wan dgn amal.. kitorg g sek dulu amek duit no pin dgn sijil pmr.. pergi2, ust nordin pulak xde.. then staf tu mcm ada muka pelik n bincang2 sekejap dgn staf sorg lg n last2 tny cikgu ramli.. lepastu amenda ntah xpaham, but it has something to do with 13 januari.. mcm time tu baru blh amek duit ke apa ntah la.. apa2 je la.. tp conclusionnya aku kene g sekolah blk la utk redeem blk duit tu.. then kitorg gerak kompleks.. teka la sapa jd tutor naik bas? hahaha.. then pergi mph, kacau imanah n aku beli sudoku.. dgn harapan dpt kurangkan sikit tahap kebosanan kat rumah.. last2, baru buat 4 puzzles, dah stuck.. tu la berlagak, org beli utk moderate, ni kononnya da pro, amek intermediate.. tu pon sbnrnya ada hati nak beli yg advanced punya.. nasib baik la sedar diri sikit.. kalau beli yg susah sekali tu, mmg putih suci murni la buku tu..

n jumaat ni, punching bag, insyi, aliya and mb ajak g sunway.. we'll see about that.. sebab aku baru keluar je kan, duit pon baru lepas dilabur semalam, and cuti ni dah byk kali aku keluar, kene tggu approval parents aku dulu.. mama memang xde masalah.. the thing is my abah.. abah xsuka sgt aku keluar merayau xde tujuan ni.. aku pon act da rasa bersalah nak bg alasan 'saja keluar, bila lagi'.. lgpon, everytime keluar, kene bg belanja.. tu yg berat sikit tu nk bg tu.. hehehehe.. lg2 penganggur ni (dear bosses around shah alam, employ me please....).. hmm, i'll try my best..

ok
habes cerita
bye bye..

syasya