Wednesday, August 28, 2013

simple journey

assalamualaikum

lama rasa xbukak benda ni.. dan banyak benda jadi.. I've been busy, a little.. so much thing to tell yet so little time I've got to spend.. so skrg ada masa yang solid free, aku nak bercerita.. well, mostly just meluahkan perasaan.. haha..

start from raya maybe?

ok here's the story.. tahun ni blk raya perak dulu.. I have to say that this raya is the most emotional raya I've ever felt my whole life.. aku pergi kubur tok wan aku yang aku xpernah jejak sebelum ni.. well, to be exact, aku rasa aku pernah pergi tp masa tu aku terlalu kecik dan terlalu muda utk ingat, so that doesn't count.. it was my first time being there dan sejujurnya aku sgt sedih plus terharu plus terkilan plus mmg rasa nak nanges ada kat situ.. bce yasin pon sangkut2, airmata nak kluar aku tahan, malu la pulak ramai2 ada kat situ.. hehe.. the thing is, perasaan tu sgt sedih yet sgt bahagia.. aku xtau cmner nk ekspresikan tp, I got this relieved feeling inside me after visiting.. rasa cam aku dah buat apa yg aku nak, the longing after all these years.. Alhamdulillah.. then balik Kedah pon sama.. masa ziarah kubur tok wan aku, aku nages betol2.. one of the reason is that aku pergi kubur sorang2, so xde la segan kan.. aku cam melepaskan segalanya sebab aku xtau ntah bila lagi aku blh ziarah tok wan.. atau ntah2 lepas ni org yang ziarah aku tak, tgh xberapa aman ni.. aku redha.. oh ya, percaya tak aku tak dapat locate kubur arwah tok nek aku kat mana? serius aku tak ingat masa tu.. mencari2 dgn membaca nama kat batu nisan pon xjumpa.. Allah tutup hijab aku rasanya.. InsyaAllah balik kampong hujung minggu ni aku ziarah lagi.. nak cari sampai jumpa!

ok, stop right there part yg sedih2.. now, yg happy sikit.. aku blk perak haritu tgk kat kampong dah ada nama jalan.. n guess what, ada satu jalan tu diambil sempena nama arwah tok wan aku *angkat kening sikit* hehe.. cerita fullnya aku xtau, tp ikot apa mak aku ckp dgn serba ringkasnya, atok aku dlu mcm berjuang jgkla utk dptkan jln tu, 'kalau org lain boleh dapat kenapa kita xboleh dapat?' so akhirnya terciptalah jalan itu.. ni ada gambar.. *bangga sekejap*

Chin Ah Lau is the original name, in fact nama kampong pon Kampung Chin Ah Lau.. tp skrg da standardize.. suma nama jalan dan lorong dah dinamakan sempena nama hero-hero kampong yang rata-ratanya dah meninggal.. Al-Fatihah..


then one more thing about raya tahun ni - aku gila makan ketupat!! ntahla.. memula masa tgk nenek aku buat ketupat tak rasa apa pon, biasa je.. even masa first nak makan tu pon cam sekadar buat cukup syarat raya je kene merasa ketupat dan lemang.. tp bila dah pekena sekali, pergh, berapa bijik lagi yang aku makan.. xcicah rendang pon.. makan camtu je.. aku rasa heaven giler la ketupat haritu.. mcm org tgh mengidam je gila ketupat aku tuh.. hahahaahahaha..

balik raya - FINAL EXAM.. yes.. setelah 10 minggu berada di intec, inilah penghujungnya.. well honestly, I don't really think our results going to matter because that future university doesn't ask for any carry marks.. but, we cant take it for granted.. struggle tetap struggle tapi aku punya struggle haritu tak cukup kot.. tak leh jawab, terutamanya PHYSICS!!! huwaaaaaa......!!!! I tried my best to be the best for you, I said no to my friends just so I could spend more quality time with you, I even love you, you know? but why physics, why are you so mean to me? why did you reject me? why??stress gak pikir kekadang tak pasal2 sangkut xleh fly.. eish, jgnla.. nauzubillahiminzalik.. InsyaAllah semuanya akan baik-baik.. InsyaAllah.. so, habes exam 3 hari tu, i'm officially graduated from intec.. guess i wont be wearing this anymore

student card dalam kenangan... :-P

orait, habes je final exam, bukan teros balik, in fact kitorg suma kene g btn.. apakah btn itu? biro tatanegara.. dia macam kem utk menyuburkan semangat patriotism dalam diri utk mahasiswa *dah mahasiswa, oops mahasiswi rupanya aku ni* yang akan ke luar.. sejujurnya, banyak ilmu baru aku dapat kat masa btn tu.. and in my opinion, btn ni sepatutnya dibuat utk semua org.. well kalau ikotkan memang dah ada pon kat sekolah dulu.. sivik dan kewarganegaraan, remember? tp disebabkan ia hanyalah subjek sampingan, selalu je sivik ni diketepikan.. dan sekarang aku baru sedar bahawasanya, there's more to just sivik dan kewarganegaraan.. kita selalu sebut sivik sivik sivik.. sampai kita lupa ada kewarganegaraan kat belakang tuh.. dan yg mengecewakan ialah apabila kewarganegaraan itulah yang penting.. benda tu la yg ajar kita apa yang kita lupa, alpa dan leka selama ni.. even, banyak je benda yang kita tak tahu, padahal hakikatnya kita sepatutnya tahu.. ini Negara kita, so we should know everything about it inside out.. apa yang aku dapat kat btn dah buka mata aku tentang Malaysia and how it works.. apa yang penting, aku dah tau tanggungjawab aku untuk mempertahankan Negara, dan kenapa aku kene pertahankannya.. ada jugak yg balik btn tp gaya mcm xde apa2 yg berlaku, bg aku org macam tu tak tahu bersyukur.. just nak cakap, btn ni, xbanyak, sikit pon ada jugak terselit rasa patriotism.. jgn pulak nanti bila anak cucu merempat di Negara sendiri baru nak menangis sepuas hati.. masa tu tak guna dah tunding jari, itu semua salah diri sendiri..

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
 
*nyanyi lagu ni masa kat btn, never thought i would cry but i did*
 
last day kat btn, apalagi, sesi amek gambar la.. haha.. kitorg punya tempat haritu kat pantai remis.. so memang tepi laut lah kan.. tp sebelum sesi fotografi tu *fotorgrafi la sangat* kitorg bertakbir wida' kalau tak silap namanya.. diketuai oleh halim, pengerusi MEPS.. bergetar hati masa takbir tu.. Ya Allah.. aku akan ke Bumi Anbiya, permudahkanlah perjalananku.. amin..
 
so selepas bertakbir dan pesan-pesanan, kami semua menjadi model utk sesi photoshoot kelas masing2.. hahaha.. kelas aku jgn cerita la bab2 gambar.. well, aku la sebenarnya.. pantang ada kamera aku masok.. maklumla, henfon xcanggih mana, gambar pon tak berapa nak lawa.. so menyelit la kat gambar org lain.. nnt ditagging2.. haha.. so ni ada sekeping utk tatapan, k kecik sgt xnmpak muka.. sori..



mej03 - not full (certain jpa btn kat klia)
 *ok ni gambar xprepare lg, silap upload, sori...*
 
masa sebelum amek gambar tuh, kitorg bdk perempuan ttbe touching2 sikit sebab dah last jumpa kan.. nanges? itu sudah pasti.. benda biasa je tuh.. maklumla tepi pantai.. angin yg bertiup membawa pasir ke mata hingga mendatangkan tangisan yang tidak diduga.. xsangka.. walaupun 10 minggu je kenal dorg, termasok the first two to three weeks of the awkwardness, kitorg boleh rapat cmni.. like seriously, berapa kali keluar gi makan satu kelas.. kat kfc haritu iftar.. lps btn g abc kat seksyen 2.. potluck raya lagi.. so many memories yet so little time.. insyaAllah kat sana nanti lg byk memori yg ada.. but still, i'll always remember my old friends, 18 HEBAT tak kan pernah mati..
 
oh ya lupa pulak, lagu tema btn senangin bilik 4, merangkap lagu tema girls mej03 setelah diedit perkataan yg mendatangkan perasaan tacing tu, terimalah
 
Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
 
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
 Cintaku ini abadi untuk mu
 
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
 
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
 
itu kira cam lagu rasmi la.. but deep in my heart, ada satu lagi lagu yang bg aku sedih jugak tp dalam masa yg sama memberi harapan pada aku.. aku dgr lagu ni masa btn *btn lagi! Nampak la agak terkesan di situ* dan lagu ni pon sebenarnya utk org bercinta.. tp, depends kat org yg menafsir lagu tu mcm mana la kan? bagi aku, lagu ni utk aku dan kawan2.. ada makna yang aku terharu..
 
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman

Seiring jalan dan sehaluan
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu 

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku
 
so yeah, that's how i ended my btn.. haha.. then balik tu buat clearance.. to be exact, ptg tu kitorg g makan abc seksyen 2 tu dulu.. last outing sama-sama.. then malam tu aku tgk movie, 2 movie dgn dorg.. blk bilik balik dah pukul 1.30 pagi, ke pukul 2 dah, ntahla.. ingt nak teros tidor tp no! kene kuatkan semangat kemas bilik sebab tinggal berdua je masa tu, aku dan syer - my roommate! housemate aku lg dua org dah blk, sorang ptg, sorang malam.. so tinggal kitorg dua nak kemas.. dgn stok makanan yg xhabes nya, lantai xbersapu.. hehehe.. nak tinggal pon kesian, syer dahla nak blk jauh, Kelantan, barang dia pon xhabes kemas lagi masa tu.. so aku pon tolong la apa yang patut.. barang aku dah siap packing dah.. *Alhamdulillah rumah dekat aku selalu balik so xdela barang sangat* tp dlm xde brg sgt tu pon, aku bwk blk haritu satu bagasi, satu backpack dan 2 beg plastic.. *mak aih!! hahaha* so malam tu, eh awal pagi tu aku berusaha la kemas benda yg boleh dikemas tapi tak lama pon aku bertahan, dlm kul 3 kot aku landing dah.. :-P
 
esok paginya tu bangun, er, terlajak subuh *malunya!!!*.. so cepat2 solat then sambung blk kemas mengemas.. xbanyak mana pon dah sebenarnya.. dah siap masok kotak dah.. cuma tinggal sapu2 dan kerja2 pembersihan jela.. cumanya kesian kat syer sbb byk giler bnda nak kene pikir.. makanan satu kotak aku mintak syer pass kat kawan2 len, ada satu bekas tu yg berisi cekelat dan biskut aku kebas dan satu lg bekas berisi paket2 minuman segera *hehehehehe, dah mintak izin eh* pastu dah setel dah suma2 uh, aku pon pergi la pejabat mara n bg borg clearance, serah kunci dan babai cemara!! hukhukhuk...
 
cuma, apa yg tak bestnya bila duduk dekat ni, kepulangan aku tak disambut dan tak dinanti-nantikan langsung.. in fact, blk2 umah tu dah ada tugas menanti aku.. mak aku kol mintak tolong masakkan spageti utk adik aku.. birthday dia, so dia nak bwk gi sekolah celebrate dgn kengkawan.. *kebaratan sungguh!* maka balik2 uh, teros bersilat di dapur.. aiseyh.. sepatutnya makanan tersedia utk aku, ini aku yg menyediakan makanan utk org lain.. kuang kuang kuang.. anyway, ada la jugak sumbangan aku utk adik aku kan? klu tak selama ni asyik mengusik gadoh mengusik gadoh.. tak padan umur dah 18! hahahahaha...
 
then after all that, i came to this moment where i have to seriously spend good quality time with my family.. ustaz affuan ada ckp masa grand dinner, ada 7 pesanan actually..
 
satu
jaga ukhuwah dekat intec ni sampai dekat sana nanti.. kita suma di sana xde family, xde mak ayah yang nk tengok2kan kita.. yg ada cuma kawan-kawan.. makan pakai sakit kita, dorg la tempat mengadu.. jgn gadoh2 kat sana.. kita semua sahabat, kita semua keluarga
 
dua
ini yg amat touching sekali.. ingat, kita pergi ni membawa harapan ibu dan bapa.. harapan ibu dan bapa.. harapan ibu dan bapa.. jangan kita main-main.. sebelum pergi ni, tataplah wajah ibu bapa.. masukkan ke dalam minda dan hati gambaran yang jelas wajah ibu bapa kata.. setiap garis kedutannya, setiap helaian ubannya.. sebab bila kita jauh ni la kita akan rasa ibu bapa kita dimamah usia.. baru kita nampak perubahan.. walaupun hanya setahun kita tinggalkan, dah banyak perubahan yg berlaku.. jadi ingat segala-galanya, jgn tertinggal satu pon!
 
tiga
hidup kita ini mencari barakah.. kita belajar untuk berkerja atau kita belajar kerana Allah? kita bekerja demi wang ringgit atau kerana kita ingin membantu orang lain? hidup biar bermanfaat pada orang lain.. cari barakah Allah dan raih barakah Allah.. insyaAllah..
 
empat
mindset tentang hidup dan teman hidup.. pada usia ini, sebenarnya masih terlalu muda untuk melangkah ke alam perkahwinan.. jadi, belajarlah dahulu.. kawal nafsu tu.. ingat tujuan kita ke sana - menuntut ilmu.. ramai sebenarnya tokoh-tokoh hebat yang tak berkahwin kerana menuntut ilmu itu lebih manis daripada perkahwinan (ust explain haritu tp aku xtau cmner nk explain balik.. ni je yg mampu nk conclude).. bukanla kata jangan kahwin, tidak.. tp sekarang ini bukan lagi waktunya..
 
lima
orang yang masuk syurga hanyalah orang yg hebat sahaja.. nah, mcm mana nak jadi org yg hebat tu? jaga ibadah.. kekalkan connection dengan Allah.. wireless dan free, anytime anywhere, kan mudah tu? lagi? ntahla.. aku bukan org yg tepat dan tak layak utk membincangkan soal bagaimana mnjadi manusia hebat.. rujukla yg lebih alim, insyaAllah..
 
enam
wahai wanita, jagalah auratmu.. walau dimana kamu berada, jaga aurat.. itulah mahkota kita.. itulah maruah kita.. jangan aurat ini dipermainkan..
 
tujuh
doakan ustaz sekeluarga.. sebagai saham ustaz di sana andai...............
 
quote dari ustaz haritu
'kita suka mencari, tapi kita tak nak menjadi...'
tepat sekali!
 
so aku harap pesan ust ni boleh menjadi peringatan utk aku dan semua, insyaAllah..
 
now back to the present time *cam nek roller coaster lak perasaan ni* - packing barang.. muehehehehe, satu hapak pon xstart lg sbnrnya, harap beg je yg dah beria2 beli.. ntahla.. aku mmg xtau nak packing apa.. ke aku xde hati lg nk packing? don't know.. but the point is beg itu masih kosong.. :-D cuma apa yg aku boleh citer skrg ni, list barang dah ada, akak2 senior yg baik hati dah tolong buatkan.. so aku tinggal tick je kat senarai tuh.. dan aku dah tau roommate aku sapa!! well actually akak2 tu kasi pilih sendiri, senang nak bahagi kan barang2 katanya.. jimat pon jimat kan.. hehe.. so, this is my future roommate.. why i chose her? well, for the start, she chose me first *angkat kening sikit* hahaha.. dia kata aku sekepala dgn dia.. so blh ngam.. dan aku pon, bila org dah ckp cmtu, on jela.. insyaAllah ini pilihan yg terbaik.. :-)
 
shutasen (Nurul Shuhada bt Ibrahim) dan syasya - future roommates!!
 
so tu je kot dulu utk post kali ni.. berjela sikit, mana tak 3 lagu aku sumbat dlm nih.. which reminds me, sejak dr MDS week kat intec sampai btn, lagu satu Malaysia tu sgtlah dekat dgn jiwa aku dan makin lama dengar, makin sedap pulak lagu tu.. haha.. k nah, lagu last..

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
 
so tu je kot utk kali ni.. ada apa2 lg, nnti aku tambah, insyaAllah..
so until we'll meet again,
assalamualaikum n ttfn (tata for now!)

KEEP CALM AND LET'S FLY!
 
-Nursyasya Rosman-


Sunday, August 4, 2013

ramdhan kareem and a story

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

da lama rasa xjenguk blog nih.. byk benda nak share sbnrnya, tp xsempat nk bukak.. xdela bz mana pon, cuma ntahla.. peluang tu  asyik xde je..

ok start dgn ramadhan.. happy ramadhan everyone!! saya tahu malam-malam terakhir dah.. but still, ramadhan belum pergi lagi kan?? teruskan ibadah semua dan semoga ramadhan kita tahun ni lebih baik dr yg sebelumnya.. ramadhan aku tahun ni, ada dugaan kot.. xpela, Allah nak test ketahanan aku ni.. lepas ni, ntah apa yg menanti kan?? insyaAllah, semuanya akan baik2.. :)

ok.. now to the story..

aku adalah org yg bencikan perubahan.. aku ingat.. tapi, 10 minggu kat sini dah merubah pemikiran aku.. aku sayang diorang, every single one of them.. siapa?? my classmates.. MEJ03.. also my housemates.. syer, aina n amni.. ukhuwah yang terjalin kat sini, walaupon sekejap, tp sgt bermakna.. semalam last day dgn dorg.. kitorg ada teater arab.. it was a real touching moment but I couldn't expressed it.. mungkin sebab aku da set ini bukan yg terakhir.. lepas raya nnt kitorg akan jumpa lagi, exam meh.. lepas drpd exam tuh, ha, kita tengok sapa yg cengeng tahap A++, but still, there’s no guarantee to that, kitorg akan jumpa balik utk BTN.. lepas tu, barula kot betol2 sebab da tggu masa je kan.. lelagi yg  pergi UJ.. adui.. kenapa la mesti terpisah cmni??

MEJ03..  walaupon sekejap je dgn dorg, tapi hari2 ada je benda yg kitorg gelak.. teringat aku masa kat 18 dulu.. ada je benda nak bahan.. kat sini pon sama.. kuncinya, kne buat selamba je.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat aku diletakkan dalam kelompok yang aku boleh ngam.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. Dia tau aku tak mampu nak tanggung cabaran sorang-sorang dan dia tau apa yang aku suka.. Alhamdulillah, syukur sangat2.. aku gembira sepanjang aku kat sini..

Ok.. cukup dgn formal2.. back to normal tone.. kelas aku ni ada 29 orang – 12 lelaki, 17 perempuan.. 22 medic, 7 dentistry.. ok tu je nk bg fakta.. sebenarnya nak cerita dorg ni suma kelakar.. lelaki perempuan, sama je lawak dia.. pantang ada modal, jadilah.. aku paling xleh lupa sekali roleplay afifi dgn hazim, pastu roleplay lagi yang syuseni, shu, afiq dgn hazim dan yg paling lawak sekali ‘1 Ogos’.. meh aku citer sesatu secara ringkas.. afifi dgn hazim.. dorg haritu buat mock roleplay pasal pesakit mental.. si afifi dr, si hazim pesakit.. memang lawak giler, aku xtau cmer nk citer.. dia kne tgk buat gaya bru org nmpk lawak dia.. haha.. move on to roleplay satu lagi.. yg ni lawak plus sedih.. cam emosi giler yg ni.. kisahnya pasal org kampong, afiq si bapak bawak anak dia hazim g hospital sbb anak tu xsihat.. turns out anak tu ada leukimia.. tp, apa yg menjadikan bnda tu drama, si bapak tu sakit jugak, tp aku xingat apadia.. pastu, maknya da meninggal.. si bapak tu selalu la cakap maknya tu nak sgt anak dia jd doctor..  pastu kan anak dia sakit teruk.. kn sedih tu kan?? Lagi2 bila bapak dia cakap nk tggung expenses rawatan ank tu dia jual rumah, jual fon.. touching kot.. so memang terbaik la dorg.. then ‘1 Ogos’ tu.. citer dia gini.. lecturer BI kitorg nk buat kelas gnti.. pastu tny la bila kitorg free kan.. pastu kitorg cm bising2 gak ah sbb mcm byk jgk lecturer len nk buat kelas gnti pon.. Pastu ada la sebut ‘1 Ogos’.. then lecturer aku tanya, ‘one august tu apa’, pastu ada suara menyahut ‘satu ogos’.. weyh!!! Hahahahahahaahahaha..

lepas tu lepas tu, aku rasa cam hubungan kitorg xde jurang yg menampakkan lelaki n perempuan x geng.. itu yang best.. maksud aku, suasana macam family sendiri.. masing-masing bg kerjasama yang baik.. aku rasa benda yang membuatkan kitorg rapat ni sebenarnya teater Arab tu.. sebab suma kne terlibat kan.. so, bersyukur sebab diwujudkan teater tuh.. hehehehe.. walaupon aku xberapa nk signifikan sgt dalam teater uh, namun kenangan dgn dorg sgt best..

ok apa lagi nk cerita.. hmm, kitorg ada group whatsapp.. haha, poyo.. itupon nak cakap!! Aku suka whatsapp uh.. kat situ segala perangai terserlah dan memang best bila dapat kenal2 cmtu.. pastu dak laki, dorg suka giler post gmbar kat situ, so, jgn heranla kalau kitorg yg perempuan ni ada simpan gmbar dorg, bukan kitorg yg ambik, dorg yg bagi.. hehehehe.. apa-apa pon aku suka.. benda-benda cmtu yg membuatkan kitorg lagi rapat, dan itula kenangan, kan??

So, tadaa, gmbar kelas.. hehehehehe..


and the members are:
amal - harry potter
syahirah - dayang
izzaty - dayang
izzatul - dayang
naJ - ayu
aku (nak jugak.. hahahaha!!) - ron
fatimah - cucu
shuhada - dayang
fatini - cucu
miki - bawang putih
atikah - malika
ima - bawang merah
gegurl - nenek kebayan
najwa - nenek
syue - hermoine
AO - cucu
fatin - cucu
afifi - cucu
hazim - bapak duda
alif aiman - hang lekir
kamal - jang jebat
zahir - hang tuah
alif firdaus - tok adi
hakim - anak duda
kamil - hang kasturi
arif - duda
luqman - atuk
mizan - hang lekiu
afiq - badang

:)

Ok, now, nk menggedik sekejap.. sejujurnya, masa aku masok sini dulu, aku ada jugak letak niat nak lupakan Mamat Special tuh.. i mean bukan la lupakan-teros-aku-tak-nak-ingat-kau-lagi-sampai-bila-bila-forever-n-ever that kind of thing, just that, aku nak move on.. tak payahla nk MS lagi.. sebelum ni pon bukannya ada apa2 pon kan.. lelagi aku dgn dia pon da ada haluan dan pilihan masing2.. so xpayahla lagi nk ingt2.. tapi, bila aku kat sini, hamek kaw! Allah datangkan org yg ada iras dia.. classmate aku lagi.. n aku blh kata, that classmate is an exaggerated version of MS.. a better version even, maybe.. pastu kekadang benda yg jd kat sini pon ada relate dgn dia secara xdisangka dan ttbe.. ntahla.. lagi aku nak lupakan, lagi aku teringat.. ni ke yg dikatakan jodoh?? Muahahahahahahahahaha, xde xde xde.. ni perah santan 10 kilo namanya.. hai, leceh sungguh permainan hati nih..

Apa2 pon, konklusinya, aku gembira sgt sepanjang kat sini.. memula dlu mmg aku rasa susah sgt.. aku xsuka.. tp bila dah lama2, rasa sayang pulak nk tinggal.. ada jugak sikit terselit rasa bersalah (ayat!) kat kawan2 lama aku dulu.. yela, dulu kemain lagi amek masa nk adjust dgn new environment n everything.. last2 masok sini, sekejap je dah jatuh suka.. aku mintak maaf.. aku sayang korg sgt2 dan aku pon syg dorg.. yg pasti, aku xkan lupakan semuanya yg pernah hadir dalam hidup aku, insyaAllah..

Tadika
Sekolah kebangsaan
Sekolah menengah
Kolej
University

Sumanya aku ingat, dan aku akan ingat! :’)

Bahibbu kullukum ketir ketir jiddan ya waylah!! <3 p="">
-nursyasya rosman-