Thursday, May 9, 2013

WORST FEELING

eh, tercapital letter pulak..
lantak ah.. malas nak betulkan..

assalamualaikum

ok, sejujonya memang aku lemah sangat sekarang ni.. salah cucuk sikit aku boleh burst out ni! bkn pasal apa pon.. aku stress dgn segala kerenah nak further study ni.. ingatkan result ok senang la kerja rupa-rupanya lagi banyak kerenah sampai aku tension!

aku nampak harapan parents aku tinggi gila nak suro aku further oversea, especially abah aku.. tapi satu-satu jalan membawa kekecewaan.. start dari apply mara tu.. ok, aku mengaku ada salah aku jugak.. ceritanya memula dulu, aku apply mara-jpa course pergigian.. da setel dh benda tu then suddenly terpikir, jpa open utk semua, mara open utk bumiputera je.. so better amek mara.. then tukarla amek mara sahaja course perubatan.. n abah aku masih suka sebab course dia perubatan.. memang teringin pon anak sorang ni jadi doktor.. pastu sampai hari interviu tu, tension dia tegang.. yg mara sahaja pergi amek ujian sahaja.. takde interviu.. yang jpa-mara dan jpa dah interviu.. n apa yg memburukkan lagi keadaan, one of the interviewer was my abah's friend.. n interviewer tu ckp dia interview tu utk mara.. padahal utk jpa-mara dan jpa.. then mula ah, abah aku konfius.. aku pon start calling2 kwn2 yg len nak konfem tny mcm apa je.. then tgk muka abah aku, aku nmpak macam2 ekspressi dah, marah, sedih, kecewa, konfius.. semua ada.. tapi yang paling jelas, frust.. sbb kawan dia tu cakap, act tempat banyak utk dioffer.. cuma calon yg layak dan sesuai je yg takde.. so sesapa yg mohon jpa-mara dgn jpa tuh, mmg harapan cerah sebenarnya n dorg dah bahagikan kuota dah.. so memang senang dapat..

ok, back to mara, aku amek ujian je kan, which melemahkan semangat aku sebab - satu, soalan dia macam pppfffttt.. n dua, aku sangat mengharapkan interviu.. aku dah prepare.. masalahnya, xlepas ujian tu, xdpt la interviu.. dan bila dah jadi mcm tu, tggu je la.. nak buat apa lagi.. klu ikotkan, sekrang ni mara dah patot bg jwpn but still xde apa2.. sbb aku tgk dlm senarai course dia tu, klu ikotkan utk yg amek medik ni, bln 5 dah msok blaja.. skrg ni dah 9/5/13.. interviu pon belom.. so?

actually aku dah prepare for the worst.. aku dah prepare dah rezeki aku kat sini je.. susah nak pergi oversea.. berapa ribu budak genius aku nak kene lawan.. dengan result yang mcm ni, masok local je boleh lepas.. tgk senior2 aku thn lepas pon, suma pakat kat usim je.. result dorg yg lg bgos dr aku tu pon xlepas, apatah lagi aku ni.. nampak macam aku give up kan? well, aku xrasa macam tu.. sebab aku tak letak harapan pon pada oversea ni.. saingan banyak.. rezeki je la kali ni.. kalau ada, ada.. kalau takde, takpe.. bukannya aku xleh sambung belaja lagi.. matriks dah tggu aku, upu pon aku harap ada keputusan yang baik.. semuanya baik..

tapi apa yg membuatkan aku tension ni, bila nenek aku tanya, makcik pakcik aku tanya mintak mana, even adik aku sendri tanya aku nnti pergi mana, parents aku jawab 'kakak hang nanti g jordan.. belaja kat jordan.. mintak kat jordan.. dan adik beradik dgn jwpn tu..' aku dah tak tau nak react macam mana.. aku tau mak ayah aku letak harapan tinggi giler.. dan aku tengah cuba, tapi kalau dah takde rezeki, aku nak buat macam mana? rasa sakit hati bukan sakit hati yang marah tu, tapi rasa macam hati ni berkecamuk bila tak dapat nak ikot apa yang mak ayah aku nak.. aku dah nampak abah aku ah yang paling frust.. aku tau yang abah aku tau aku susah nak dapat mara tu, dan aku pon tau abah aku menyesal pergi tukar jpa-mara haritu.. tp ntahla.. bila asyik menyebot aku akan ke jordan, ya Allah, pedihnya hati ni Dia je yang tau..

apa yang aku perasan, untuk mengubat hati abah aku tu, abah aku sendri selalu cakap, 'takpala, kalau hang mintak jpa pon dia xoffer medik kan? paling2 dentist dgn engineering.. daripada hang buat dentist kat mesir, abah lagi suka hang buat medik kat sini.. apa-apa hal pon medik.. kalau depa offer course len, xpayah.. buat medik kat sini lagi baik.. hang set goal in the end hang specialised dalam pediatrik..' ok la, aku pon xrasa bersalah sgt bila abah aku cakap mcm tu.. tp dlm masa yang sama, abah aku tetap mengulang ayat 'kakak hang nanti p jordan'.. aku da cukup stress dah dr awal2 nak pilih course dulu, dtg pulak hal oversea ni, macam2 kerenah.. nak sambung belaja pon susah..

aku dah sedaya upaya ikot apa yang parents aku nak.. dan alhamdulillah seluruh jiwa dan raga aku pon dah bagi kerjasama kat aku untuk sama2 teruskan perjuangan nih.. tp bila sampai bab oversea ni, di luar kemampuan aku.. kalau ikot frust, aku pon frust.. memang aku tak letak harapan tapi sedikit sebanyak tu ada jugak keinginan nak pergi.. lagi2 bila tau memang itu apa yang parents kita nak.. tapi nak buat macam mana, bukan aku sorg yang apply haritu.. ntah brp ribu calon.. yg nak diterima berapa percent je.. fuh, memang letih sbnrnya memikir benda ni.. aku xsuka bila abah aku tanya kawan2 lain apply mana.. bila aku jawab dorg apply jpa, jpa-mara, abah aku cakap, 'depa mmg konfem dapat la..' mana x tersentap?! rasa macam aku dah buat dosa tau.. pastu satu lg soalan, 'apa perasaan hang kalau kawan hang dapat, tapi hang tak dapat?' terdiam aku.. aku tau ada maksud lain soalan tu.. dan bukan merujuk kat aku pon soalan tu sebenarnya.. aku boleh tafsirkan balik dengan soalan ni 'sebenarnya abah yang frust kan kalau akak tak dapat?'

sakit kan? hati ni pedih.. bila kita dah kecewakan parents kita, that's the worst feeling you could ever feel.. sedih tak sedih, bersalah tak bersalah, kecewa tak kecewa, everything's mixed up.. apa yang pasti, air mata tu jatuh automatik bila2 masa je yg dia suka.. aku ni ntahla, dah kering kot.. macam-macam masalah daku ni.. satu-satu dia datang.. aku dah penat pikir.. dah penat fight dgn emosi.. sampai aku dah terbiasa mcm ni..

permudahkanlah jalan hamba-Mu yang kerdil lagi hina ini Ya Allah...

still feeling worst,
nursyasya batrisyia binti rosman

No comments:

Post a Comment