Sunday, May 5, 2013

today's the big day

assalamualaikum w.b.t

050513

yes, harini pru-13

dan aku bukan nak cakap pasal politik sangat ke apa pon harini, kang jd isu pulak.. aku cuma nak ntahla, berkongsi mungkin tentang apa yang aku rasa utk pru kali ni..

first, aku akui, persaingan kerajaan-pembangkang kali ni sgt sengit.. sampai tak boleh nak predict pon sebenarnya sapa yang akan memerintah nanti.. macam2 kempen dah dibuat, bendera jgn citer la.. pergi mana2 mesti ada punyala.. kalau tak banyak, lagi banyak.. xmain la sikit2.. but then xkisahla, nama pon berkempen kan.. cumanya nak kata, persaingan tu memang giler tight! sama byk je dedua pihak.. jadi, aku merayu pada pengundi-pengundi supaya buatlah keputusan yang betul-betul bijak.. kali ni, nasihat ni mmg perlu diapplykan dan diambik berat oleh semua pengundi.. every single of your vote counts! so, buatlah keputusan yang bijak.. betul-betul bijak.. dan rasional.. tegakkan ISLAM, tegakkan hak istimewa bumiputera dan tegakkan hak kaum lain juga..

okla, itu cerita yang mengundi.. so, biarlah dorg.. aku dan kita-kita yang tak cukup umur lagi ni, doa je la yang terbaik.. amin.. hmm, ni ada luahan hati sikit.. aku sedih tengok budak2 yang bawah umur ni, bersekolah lagi, xkiralah menengah ke rendah, dah pandai cakap pasal politik.. dah pandai sokong parti tu parti ni.. dah pandai cakap parti tu salah, parti ni betul.. apa kat sekolah ada subjek politik ke? bukan la aku nak kata benda ni salah, cuma aku rasa tak patut.. sebab yang utamanya ni kita ni muda lagi dan tak matang lagi untuk topik ni.. apa yang selama yang kononnya kita 'sokong' tu, itu semua pengaruh mak ayah, kawan-kawan, internet, tv, surat khabar, dan apa2 jelah.. pokoknya, bukan datang dari kita sendiri pon nak sokong tu.. kita dengar satu pihak je, memang la rasa pihak tu betul.. aku sentap ada, marah ada, sedih ada, geram ada, kecewa pon ada bila budak sekolah baru form 2, form 3 dah pandai nak berbahas pasal politik.. aku yang 18 tahun ni pon dok geleng kepala lagi.. dorg dah boleh cakap itu ini.. sorry to say, tapi apa sebenarnya yang kita tau sangat pasal politik ni? kalau setakat tunding jari kat pihak tu, mengata pihak ni, hentikanla..

the thing is, kita kene buat research sendiri.. bukan teros jump to conclusion ok, dia betul, dia salah.. itu bukan caranya.. manifesto-manifesto tu, tengok logiknya dulu.. pikir, research.. gunakan internet ni utk 'study' jugak, jgn dok mencari pasal politik tgk sapa betol sapa salah je.. buka minda tu dan bagi peluang untuk dua-dua parti masok.. bandingkan secara bijak.. we are educated people, people! jangan cepat sangat nak menyokong mana-mana parti.. it's the future of the country we're talking about! there's no room for 'cuba-cuba', 'suka-suka', 'saja-saja'.. this is serious talk.. so please, janganla terburu-buru.. kita ni ada sekurang2nya 5 tahun lagi sebelum boleh undi.. jadi, gunakan tempoh 5 tahun tu untuk 'study' politik malaysia.. kalau memang xpuas hati giler giler giler dengan keputusan malam nanti, time boleh undi nanti, undila yang kita suka sangat tu, tapi, ingat, biar yang betul dan yang lebih baik daripada kerajaan baru esok.. kalau kerajaan tu dah berjaya memimpin dan bawak kemajuan dan pembaharuan yang baik, apa lagi yang kita xpuas hati? jangan sebab benda2 kecik je kita dah hilang pertimbangan.. dalam kes ni, kita kena professional dan bukan berkepentingan peribadi.. apa2 hal pon, ayuhla kita sama-sama belajar untuk jadi pengundi yang bijak.. :)

-syasyarosman-

No comments:

Post a Comment