Sunday, March 4, 2012

setanggi syurga

percaya kata janji-Mu
kerana ku yakin apa digenggam-Mu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati

terseksa jiwa merindu
bagai terkurung dibasah tengkujuh
kewangian aroma bunga
tak menggugah keteguhan iman

cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
pada redup renung mata yang menipu
tuntasku mendaki puncak cinta teragung

izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
kerana awan itu rapuh

dendam tak marak menyala dan membakar
oleh putih salju yang berguguran
kerana dosa itu lebih hitam dan kelam

ku anyam rindu menjadi hamparan
kerana ku pasti adanya pertemuan
di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
tak bertemu pengucapan

percaya kata janji-Mu
kerana ku yakin apa digenggam-Mu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati

^_^

No comments:

Post a Comment