Saturday, March 23, 2013

pilihan

bismillah..
assalamualaikum wbt

da dua hari lepas result keluar.. dan malam ni aku xleh tido lg.. niat nak brainstorm apa yg aku minat utk pursue study kat u nnti, tp ntahla.. sejujonya, 2 hari ni aku stress.. aku xde arah tuju.. haluan aku xde.. bila org tny, aku ckp xtau, dah mcm orang hilang arah hidup dah aku ni.. aku tau dah terlambat nak fikir apa yg aku minat n everything tapi aku masih perlu buat keputusan yang tetap dan tepat kan? jadi aku tak boleh lari dari benda ni..

antara harapan mak ayah, dan pilihan aku.. mana satu? dah 2 hari aku dengar benda yang sama, harapan yang sama dari parents aku, especially my abah..

'abah tak kisah apa-apa course pon, asalkan at the end of the day kita xpayah bekerja dengan orang.. memang la kita akan kontrak 5, 10 tahun dulu dgn org lain tp satu masa nnti kita boleh generate our own income.. memang seronok kita kerja dengan orang gaji sebulan 20, 30 ribu tapi kita akan lagi puas kalau bekerja sendiri walaupon income 2, 3 ribu je.. dan bila kerja sendiri, kita juga akan lagi puas sebab kita yg memberi gaji instead of makan gaji..'

aku cerna satu2, fahami maksud yg ayah aku cuba sampaikan.. aku faham.. aku faham sangat.. tp kepala aku xkeluar apa2 untuk capai apa yg abah cakap.. sampai last tu, abah bagi opinion - dentist.. dah medik aku xminat, dentist la.. belaja pon tak terok dan boleh klinik sendiri nnti.. aku TAK BOLEH RESPON.. aku tak boleh.. kadang-kadang aku rasa macam nak bagi je mak ayah aku isikan upu tu.. pilihkan la untuk aku, aku da tak kisah dah.. aku terima je apa yang dapat.. sebab bila aku pikir balik, selama ni pon aku belaja, bukan pilihan aku, tp memang dah ditetapkan.. so aku tak pandai buat keputusan.. selama ni perjalanan hidup aku dah ditetapkan, aku hanya menjalani.. susah tak susah, aku tak pernah pikir tu semua.. aku just teruskan je dengan apa yang terbentang.. sekarang ni, bila aku kene buat pilihan, aku tak boleh.. mungkin masa sekolah dulu bolehla aku nak ikot je, tp u ni lain.. minat tu penting.. 'kalau xminat, susah' - selalu aku dengar dr senior2.. buntu!

aku pon tak taula kenapa hati aku ni keras sangat dalam hal ni.. aku dah cuba bukak untuk bidang lain, tiap-tiap kali parents aku cakap pasal benda ni, aku dah bersedia fizikal mental.. tapi lepas habes cakap tu, hati aku automatik menolak balik apa yg masok.. aku penat, aku stress.. dan apa yang menambahkan keletihan tu, aku tau jauh di sudut hati mak ayah aku, ada terselit harapan besar aku ni akan jadi doktor satu hari nanti.. abah aku selalu cakap family kita ni xde lagi yg jd doktor.. dan bila tgk sekarang, seolah-olah jalan menuju doktor tu terbuka depan aku.. result aku xbagos mana pon untuk betul2 dikatakan layak amek doktor, tp untuk mencuba nasib tu, bolehla.. kot-kot ada rezeki.. lagi-lagi sekarang doktor melayu tak banyak.. ni la masa nak pecah tradisi family.. ada dr medik, ada dr philosophy.. aku diam.. aku xcakap apa sebab aku tak boleh nak cakap apa apa.. everytime ckp pasal benda ni, airmata bergenang.. lembik kan aku? 

selalu aku marah dengan diri sendiri.. kadang-kadang yang aku tension, stress tu, aku sebenarnya tension dengan diri sendiri.. kenapa aku ni susah sgt nak ikot ckp mak ayah? time kritikal mcm ni pulak tu nak buat perangai degil.. kalau ada win-win solution xpe jugak, ini tau nak menolak je tanpa bergerak.. aku takut esok nk betulkan upu.. abah aku dah determine nak aku ambik dentist, atau alang-alang tu, apa salahnya kalau amek medik terus.. Allah.. aku rasa inilah ujian terberat utk aku setakat ni.. aku x mampu nak melawan, tapi dlm masa yang sama, aku tak mampu nak menerima.. kenapa liat sgt aku nak ikut cakap mak ayah aku kali ni? kenapa aku terlalu degil? kenapa hati aku keras sampai mcm ni sekali? rasa macam nak hempok kepala atas batu..

Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk hamba-Mu yang lemah ini
Ya Latif, lembutkan hatiku, permudahkan urusanku,
dan jadikanlah pilihanku pilihan yang diredhai ibu bapaku
supaya mudah aku menggapai redha-Mu yang penuh keberkatan
amin..

-Nursyasya Rosman-

No comments:

Post a Comment