Sunday, March 3, 2013

pemerhatian

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum..
harini topiknya - pemerhatian.. sejak 'bekerja' ni, well, x la bekerja sgt klu customer xde kan, so aku ada banyak masa menjadi pemerhati keadaan sekeliling.. benda ni simple je tp saje nak share pengalaman yang aku dapat kat sepanjang seminggu ni.. :)

satu - lelaki dah kawin vs lelaki bujang
lelaki bujang ni, apa yang aku perasan la, kalau dorang nak beli baju, nak tanya, dorang akan tanya kawan-kawan atau penjual tu sendiri.. dan kalau dia ada niat nak beli, contohla kata yang dia nak tu takde stok ke apa ke kan, dia akan ambik jugak yg lain and the end, dia akan beli jugak.. tapi, berbeza dengan lelaki yang dah kahwin.. biasanya, golongan ni akan tengok-tengok dulu, then keluar tanpa beli apa-apa.. pastu kalau ada yang berkenan ke apa, dia akan ajak isteri dia pergi balik untuk tengok-tengok lagi.. then sama-sama pilih dan akan try baju yang isteri pilih.. kalau yang dia sendiri pilih tu, biasanya dah dpt approval isteri dia.. then suma dah ok, baru beli.. berbeza kan? lelaki yang dah kahwin lebih berhati-hati, lelaki bujang, asal beli.. hehe.. bukan la benda ni tak baik, sweet sebenarnya ikut pilihan isteri ni.. cuma nak point out yang itulah bezanya antara yang dah kahwin dengan bujang.. macam abah aku jugak la.. nak beli baju kene bawak mama.. kalau tak, sampai sudah tak beli.. paham je la pompuan kalau tak berkenan, bebel dia tu boleh berlarutan sampaila baju yang tak berkenan tadi tu dah tak boleh pakai.. haha :)

dua - tarik dukung jalan
ha... ni situasi dimana kanak-kanak ribena yang bebas berjalan tetiba ada kedai mainan di hadapan, dengan burung nya, ultraman nya, topeng nya, buih nya, belon nya, segala macam mainan la ada situ, maka kaki yang tadi aktif giler berjalan automatik berhenti kat depan kedai tu.. mata budak-budak tu scan setiap inci kedai tu.. then parents selalu macam ni bila anak-anak stuck kat depan kedai mainan.. memula, tarik tangan budak-budak tu ajak jalan sekali.. biasanya budak-budak ni tarik balik tangan diorang.. kaki still tak bergerak.. so, cara kedua parents akan dukung anak-anak tu, lantas berjalan menjauh dari r&r yang tak disangka tu.. dan macam biasa, anak-anak meronta dalam dukungan tu dan start la bunyi menangis.. pastu, dialog biasa mak ayah 'kat depan tu ada lagi, nanti kita beli..' kadang-kadang aku kesian tengok budak-budak tu.. takdela, normalla untuk budak-budak suka mainan kan, tapi kita pon pahamla situasi mak ayah tu macam mana.. kadang-kadang tu bukan tak nak beli, tapi mainan kat rumah dah berlambak sampai tak termain dan buat sepah je.. so buat apa nak membazir lagi kan? jadi, benda ni lumrah sebenarnya.. biasala tu ada anak kecik.. tapi, bak kata akak kedai depan, 'sementara ada anak tu, beli la.. tak de anak esok, nganga je tengok'.. btol jugak kan? ala, kita jadi parents nanti pandai-pandai la, kita tau sendiri jugak nanti, insyaAllah :)

tiga - orang tertarik dengan harga
yang ni mainly merujuk kepada golongan perempuan.. bukan merendah-rendahkan perempuan, aku sendri perempuan, cumanya memang macam ni keadaannya.. kalau gi jalan-jalan tu, mana ada kedai murah, situ aku tuju dulu.. biasanya aku, aku tengok harga baru tangok barang tau.. kecuali kalau aku memang nak cari sesuatu barang tu, baru aku tengok barang dulu dan waktu tu, harga memang tolak tepi, asal jumpa.. kalau jalan biasa, harga dulu mata aku cari.. pastu, kalau aku rasa berpatutan, walaupon aku tak berapa berkenan, aku akan try rasional jugak untuk otak aku menerima ke'tidak berkenan'an tu sampai la aku beli.. melainkan, aku dah rasional tapi aku tetap rasa tak berkenan barula aku blah.. haha.. tau nak membazir je aku ni.. tapi, ada baiknya jugak.. kalau barang yang sama dengan kualiti yang sama, kenapa perlu aku bayar mahal kalau aku boleh dapat lagi murah, betol tak? so, ada pro and cons jugakla benda ni cumanya tu la nak cakap, kalau murah, orang memang tertarik, lagi-lagi perempuan.. sebab tu la everytime sale, kat mana-mana pon, perempuan la yang monopoli.. so bagi kaum adam, tolerate la dengan perangai kitorang yang satu ni.. lagipon, biasanya orang perempuan ni kalau membeli, bukan untuk diri dia je, tp untuk orang keliling dia jugak.. tak gitu hawa-hawa sekalian? :)

empat - lelaki pon pandai memilih
ha, ini discovery baru bagi aku.. kedai aku kerja ni jual baju lelaki macam baju melayu atau baju raihan tau.. so kalau ikotkan, pattern lebih kurang sama je semua, simple.. tapi, lelaki pon ada taste sendiri.. ada yang nak butang lubang, tak nak butang ketip, nak butang sampai bawah, tak nak separuh, nak belang-belang, tak nak plain, nak kaler putih, tak nak kaler lain, nak poket sikit, tak nak poket banyak, nak hujung tangan ada butang, tak nak yang biasa tu je, haish, macam-macam la.. so, conclusion yang aku boleh buat, lelaki dengan perempuan bab-bab pilih baju ni, sama jer.. selagi tak jumpa yang memenuhi spesifikasi tu, ada je yang tak kene.. sekecik-kecik benda tu pon boleh menyebabkan niat nak beli tu cancel macam tu je.. haha.. macam sorang mamat ni, dalam baya-baya aku jugakla, nak beli baju.. try ni tak kene, try tu tak kene, tapi last-last beli jugak, dia kene pakai sangat kot baju tu.. tapi aku seronok sebenarnya tengok gaya dia tak puas hati tu.. takdela, mata aku, semua yang dia try tu sama je semua, tapi dia boleh nampak beza dan dia rasa tak berkenan.. pengalaman baru la bagi aku.. aku ingat lelaki ni sempoi je, pakai ada, beli je lagi-lagi kalau shopping dengan mak, apa yang mak pilih tu, try, muat, beli, balik.. rupa-rupanya, dorang pon pandai pilih jugak.. good to know :)

lima - baju lelaki cantik
hmm, pasal lelaki lagi.. nak buat camner dah nasib kerja kat kedai jual baju melayu.. haha.. takdela, selalu kalau tengok baju lelaki yang macam baju melayu dan adik beradik nya tu, macam baju raihan ke kan, kita rasa takde variety pon.. sama je.. balik-balik macam tu, balik-balik itu.. mungkin sebab abah dengan adik aku pon tak pakai baju-baju macam tu, so aku tak terdedah la dengan fesyen terikini baju 'ustaz-ustaz' ni.. kalau t-shirt ke apa, aku tau la jugak style latest macam mana.. ini, memang aku tak tau langsung.. in fact, start keje la baru aku kewujudan baju raihan tu.. terok btol! haha.. tapi nak cerita, lawa kot baju 'ustaz-ustaz' ni pon.. serius! sapa cakap baju macam tu takde pilihan? ada je.. boleh rambang mata lagi kot kalau tengok.. semua lawa, pada aku la.. aku rasa kalau perempuan boleh pakai, aku nak beli dua, tiga untuk diri sendiri.. ada satu baju ni, dari first day aku keje, memang aku suka giler sampai sekarang.. fuh, best.. pengalaman baru bagi aku.. tu tak cerita sampin lagi, kain pelikat, pon banyak pilihan gak.. aku rasa macam aku dah masuk dunia baru.. sebelum ni shopping baju perempuan je.. dah kerja ni, baru sedar shopping baju lelaki pon boleh pening, tak tau nak pilih yang mana.. haha... :)

enam - fakta : kanak-kanak dua tahun ke bawah anak sapa pon semua comel!
yang ni, pergh, tahan geram je aku kerja tengok baby-baby dalam stroller, pastu yang jalan tet tet tet tet tet tu.. haish!! dah la comel, aku culik bawak balik rumah buat anak sendiri kang baru tau!! haha.. aduhai.. seronok kot.. lagi-lagi bila tengok diorang merajok dengan parents sebab tak beli mainan.. air mata bertakung je.. alalalalala.. eeii!! geram giler.. haritu ada customer kedai sebelah ni, kedai tu kawan aku jaga, customer tu ada anak, baru 4 bulan, montel-montel, comel, zahrin namanya, pipi dia tembam giler punya tembam.. nasib baik anak orang je kot, kalau anak sendiri dah lama dah aku gigit-gigit pipi tu.. aku dukung sekejap sementara mak dia memilih barang, wah! rasa macam tak nak bagi balik! rasanya time tu kalau mak dia offer bagi ambik terus, aku ambik.. tak pikir panjang dah.. budak comel serupa itu sapa tak nak?! haish, tahan sabar je la.. :)

hmm, tu je la pemerhatian yang sempat aku buat.. hoho :-P nampak sangat banyak masa terluang, takde customer la tu.. erk! jangan begitu.. ya Allah, Kau murahkan lah rezeki aku dan bosku ya Allah.. semoga perniagaan semakin maju.. amin.. ada satu cerita ni, pasal sorang mamat yang bagi aku seorang anak yang baik, tp nantila.. ngantuk dah ni.. esok kerja lagi.. ada masa dan kalau teringat nk cerita kang aku kongsi.. setakat ni jela dulu..

so, until then,
assalamualaikum
-nursyasya-

1 comment: