Monday, January 28, 2013

proud + jealousy = projeal :D

ok ok ok..
hari ni, aku straight to the point je.. terkejut plus bangga plus jeles ni.. hehe.. takde, tadi aku bukak facebook and bangga giler baca status kawan aku yg katanya dia da bukak syarikat under the name of 'zafran design'.. dan kawan tu, raziq.. ketua kelas tu.. serius, tabik spring sama dia.. aku tak sangka seawal ni dia akan bukak bisnes betol2.. memang sebelum ni dia ada cakap nak bukak bisnes khat dia, and mak dia nak tolong and everything, but well, aku pikir dia nak bukak tu time yang betol-betol kitorang da capai 'umur bekerja' la.. faham kan?? tak sangka pulak sekarang ni.. sekarang! dah ada syarikat yang dah didaftar under SSM.. wah, memang tabik la, xtau nak cakap apa dah..

bangga, memang bangga, aku bangga untuk dia and bangga dengan dia.. at least, one day aku boleh brag yang raziq, pengasas zafran design yang famous tu, kawan aku.. wah.. bayangkan la dia sendiri, parents dia, adik beradik dia, family dia.. aku yang kawan biasa-biasa dengan dia pon boleh bangga dan kagum cenggini, apatah lagi mereka semua tu.. rasa macam nak tepuk tangan je ni.. tahniah!!

dan, ni jugak membuatkan aku jeles.. at least, dia dah ada jalan masa depan.. tinggal nak lalu jalan tu dan majukan diri je.. aku?? isi upu tu pon dah boleh bebal kepala ni.. aku tak tau apa yang aku nak amek.. aku tak tau aku minat apa, aku keliru.. parents aku, dua-dua nak aku ambik medik.. aku bukan tak nak, tapi bila sebut medik, hati aku tak rasa apa-apa.. aku tak rasa teruja macam mana aku rasa everytime aku dengar perkataan forensik.. basically, dua-dua tu sama, bezanya, medic is life, forensic is death.. aku rasa bersalah sebenarnya.. sebab aku tau sangat mak ayah aku teringin anak yang sorang ni jadi doktor, wakil pertama dalam family sebab cousin-cousin aku suma tak de lagi yang amek medik.. tapi, jadi doktor tu bukan minat aku.. aku pon tak tau kenapa aku tak suka medik sedangkan medik dengan forensik asasnya sama je.. macam aku cakap tadi, medik, aku main dengan benda hidup.. forensik, benda mati.. tapi sama je.. manusia jugak yang akan aku attend tu..

sampai sekarang ni hati aku still rasa uneasy.. dalam upu tu, aku tak leh buat keputusan.. last-last, aku pilih je yang abah aku cakap.. it's better something than nothing.. kadang-kadang kan, aku rasa nak give up je pikir semua benda ni.. aku ingat, aku nak ikut je apa yang mak ayah aku nak.. suka tak suka, minat tak minat, tu belakang kira la.. asalkan mak ayah aku redha dengan apa yang aku buat tu.. daripada aku buat benda yang mak ayah aku tak suka, aku berjaya macam mana pon, berkat tu tak de.. tapi.. haish, ada jugak tapi.. apa yang aku tapikan pon aku tak tau.. aku tak de sebab nak bertapi-tapi, tapi dia nak keluar jugak.. aku sebenarnya tak nampak bayangan masa depan aku.. maksud aku, kalau orang tanya 10 tahun lagi aku akan jadi apa, aku tak de jawapan untuk tu.. aku masih keliru..

mak ayah aku pernah, pernah sekali, bagi restu untuk aku ambik forensik tu.. memang sekali tu, pernah.. setelah dua tahun jugakla aku menyebut-nyebut forensik tu, akhirnya aku dapat green light.. tapi, tak sampai 3 hari pon restu tu, dah 'ditarik balik'.. mak aku sembang-sembang dengan cikgu aku and cikgu aku citer, anak buah cikgu aku tu amek forensik, last-last jadi penganalisis jenayah bank.. hari-hari nak kene tengok nombor.. kenapa?? forensik kat malaysia tak meluas lagi, so susah nak kerja.. masa mak aku cakap tu, aku boleh tunduk dan diam je.. aku sedih.. mainly because my parents dah tak restu lagi pilihan aku, dan mungkin tak akan restu lagi.. aku tahu mak ayah aku nakkan yang terbaik untuk aku, mak ayah aku tau risiko yang boleh membahayakan hidup aku kalau aku teruskan jugak dengan bidang tu, dan mak ayah aku tau yang bidang ni, masa depan tak berapa nak terjamin.. aku tahu semua tu.. tapi, aku takde sebab nak bertapi..

sekarang ni, perkataan forensik dah sepi dah.. aku ada jugak sebut, baru-baru ni jugak la.. tapi mak ayah aku tak respon apa-apa.. kalau dulu, walaupun tak restu, mak ayah aku ada jugakla cakap-cakap macam 'ambik medikla, keluar-keluar terus boleh kerja' atau 'eei, forensik ni.. nanti dapat mayat kepala pecah, perut terburai, sanggup?'.. at least ada respon walaupon respon tu berbentuk 'menolak forensik', aku tak kisah.. tapi kali ni, diam terus.. nampaknya memang dah takde harapan..

sebulan lepas, abah aku operate.. yang operate tu doktor india.. yang memantau abah aku pon doktor india.. yang keluar masuk pon majoriti doktor india.. orang melayu ada, ramai, tapi jadi nurse.. abah aku tanya, tak tercabar ke? hati aku cakap, gila tak tercabar.. tapi mulut aku senyap je.. aku tak boleh respon.. kalau aku cakap aku tercabar, aku rasa macam aku dah bersetuju nak jadi doktor, kalau aku cakap tak tercabar, itu dah menipu.. so penyelesaiannya, diam je.. memang, aku memang tercabar.. tapi dalam masa yang sama, aku pelik.. kenapa doktor melayu boleh sikit? sedangkan aku rasa banyak je yang ambik medik.. yang kat al-azhar tu, kat india tu, banyak medik kan? ke fakta aku yang salah selama ni? ntah la.. lepas tengok sendiri dengan mata kepala aku, aku jeles dan aku tercabar tengok kaum lain berjaya.. kalau diorang boleh buat, tak kan aku tak boleh? malu la.. kan?

lepas balik dari hospital tu, aku pikir.. jadi doktor ni banyak pahala, banyak budi kita tabur kat orang.. abah aku pon cakap, jadi doktor ni, jasa dia berguna, sebab kita berbakti untuk orang yang masih hidup.. kalau forensik, jasa dia setakat dia kumpul bukti, cam mayat, setel kes, tu je.. betul jugak apa yang abah aku cakap tu.. buat aku berbolak-balik lagi.. ntah la.. motivasi aku untuk cuba open up kepada medik ni, apa yang abah aku cakap tu je.. tapi sampai sekarang aku rasa aku tak sedia lagi.. hati aku sedih.. aku tak rasa dipaksa, parents aku tak pernah paksa aku untuk ambik medik tapi aku tau itu harapan mak ayah aku.. aku rasa macam itu tanggungjawab aku untuk penuhi harapan tu.. tapi aku tak mampu nak pikul..

apa-apa hal pon, sebelum aku betol-betol dalam dilema, apa yang penting, result SPM.. aku kene score yang paling the best untuk capai hasrat dan harapan mak ayah aku.. ni satu lagi aku risau.. aku takut result aku........ astaghfirullahalazim.. ya ALLAH, izinkanlah aku dan rakan-rakanku memberikan kegembiraan di hati ibu bapa kami ya ALLAH.. berilah kami keputusan yang terbaik setelah mana kami berusaha ya ALLAH.. amin..

semoga semuanya dipermudahkan..

ok, back to raziq balik sekejap.. dia dah tau apa yang perlu dia buat.. aku? aku masih perlu buat keputusan.. tak pe la.. mungkin, ini bukan masa aku lagi.. tapi, itu tak bermakna aku perlu duduk dan tunggu bulan jatuh ke tanah kan? aku tak boleh janji yang aku akan ikut apa yang mak ayah aku harapkan tapi aku boleh cakap yang aku akan cuba untuk terima apa yang dicadangkan.. pilihan mak ayah itu sentiasa yang terbaik kan?

aku dah luahkan semuanya.. hehe.. tak sedar pulak dah syok-syok tulis ni.. sedangkan tadi topik pasal zafran design.. ok la, apa-apa hal pon, aku wish raziq goodluck dengan bisnes dia, dan semoga rezeki dia sentiasa murah dan dipermudahkan.. dah sorang kawan aku berjaya.. alhamdulillah.. semoga, makin ramai yang ikot jejak langkah dia, dan harapnya salah sorang daripada yang mengikut tu adalah aku!! teringin jugak nak ada bisnes sendiri.. hehe...

akhir kata,
goodluck and all the best untuk semua..
'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' - raziq proved it!
so peringatan untuk diri sendiri dan semua,
jangan takut untuk lakukan sesuatu,
jangan mengalah sebelum mencuba,
percayakan kemampuan diri,
dan jangan lupakan DIA :)

untill then, bye bye and assalamualaikum...
-nursyasya rosman-

No comments:

Post a Comment