Thursday, January 31, 2013

another heartbreak

assalamualaikum..

hah... aku boleh mengeluh je..

tadi, aku pergi sekolah.. then jumpa la cikgu-cikgu, salam-salam.. and aku jumpa la pn sarzini, my mentor! (ok, teringat pulak yang cikgu suro lukis 'pokok-pokok personaliti 'tu.. memang betul la apa yang cikgu terangkan tu.. macam kene tembak tepat kat kepala je rasa..) ok, nak dijadikan citer, sembang-sembang la sekejap kan.. and it came to the topic 'nak ambik apa?' dan adik beradiknya.. sampaila kepada dilema 'kalau amek sekian sekian, susah dapat kerja'.. but, then, pn sarzini gave me some sort of a hope.. she said:

'kamu nak ambik bidang apa pon, ambik la.. belaja sampai dapat first-class degree.. nanti, kerja yang cari kamu'

hati aku berbunga.. aku seolah-olah nampak harapan aku kembali ada.. dan masa tu, dalam kepala aku ada bayang mak ayah aku je.. memang tak sabar dah ni nak balik.. tapi masa tu da plan nak lunch dengan pn jo.. so, makan la dulu.. sembang-sembang (as always).. then balik.. tapi aku tak cakap lagi la dengan mak aku.. ntah la.. tak terasa nak bukak mulut pon..

sampai la malam td dalam pukul 7.45, aku bukak mulut depan abah aku..'cikgu kata, kalau belaja sampai first class degree, bidang apa pon, kerja tu ada.. jadi boleh la ambik forensik..' slow je aku cakap.. lagi-lagi part last tu.. then abah aku jawab, 'kalau ambik medik, setakat lulus je dah boleh dapat kerja.. jadi doktor ni tak perlu first class degree.. sebab nanti dah kerja pon dia akan sentiasa ambik ujian..' ayat pertama je dah boleh faham kan? hancur hati aku, seriusly.. aku tak jawab balik.. dan keadaan masa tu jadi silent.. dengar bunyi tv je.. so, aku tau la memang mustahil dah semua ni..

sejujurnya, aku pon sebenarnya ragu-ragu pasal forensik tu.. haritu tengok gambar kepala pecah, otak hancur, isi perut terburai, aku dah cakap dah 'maybe aku kene pikirkan balik pilihan aku ni'.. tanpa sedar pulak tu aku cakap, membuktikan aku sendiri tak yakin.. dan aku tau kerja ni memang takde life.. dah kata pon kerja dengan orang mati kan? kotor, dan berisiko.. aku tahu semua tu.. but despite all this, aku makin eager nak teruskan dengan pilihan yang aku sendiri tak sure.. aku penakut, tapi aku nak main dengan benda yang mendatangkan ketakutan tu.. aku rasa, mungkin ni semua ada punca dari kedegilan aku jugak.. yang orang tak bagi tu la yang aku nak.. malah, lagi tak bagi tu la yang aku lagi nak sangat-sangat..

aku dah cuba pikir bidang lain yang mungkin aku suka.. engineering, aku suka.. memang selama ni pon aku berangan aku keluar masuk ofis, turun tengok site, pegang kertas gulung tu.. in fact, ada niat lagi nak amek LK form 4 dulu.. tapi tak suarakan pon.. sebab masa tu aku excited nak belaja bio, and parents aku pon tak setuju kalau aku amek bidang tu.. so engineering - out! then, law.. aku berminat jugak.. at first, parents aku dua-dua setuju.. jadi peguam syari'e la.. aku pon ada pergi mahkamah haritu, tengok perbicaraan suma.. berminat, serius berminat.. tapi bila sampai hari ni, 'tak payah la law.. apa guna belaja sains.. rugi.. ambik medik la..' so law - out! dan, itu je pon yang aku suka.. tinggal business studies je paling-paling pon.. tapi aku rasa rugi kalau aku amek tu.. sebab aku aku belaja camner nak handel business, sedangkan aku tak de produk yang nak dimarketkan.. unless bapak aku ada syarikat sendiri, boleh la aku consider.. sebab kalau macam tu, aku da ada benda yang nak diniagakan, dan tinggal nak majukan je syarikat tu.. kan? so business - also out! and one thing for sure, medic was never on my list..

so, memang tinggal forensik je yang the heart desire sangat ni.. sekarang ni, memang aku sedih sangat, aku frust.. sebab satu-satunya benda yang aku suka, yang aku nak buat, ditentang mak ayah.. sekarang baru aku rasa betapa sakitnya bila pilihan sendiri tak diterima.. bila teringat balik pasal benda ni, memang hati aku sayu dan aku tak boleh nak kata apa.. makin aku cuba untuk dekatkan diri dengan medik tu, makin aku rasa jauh.. ntah.. mungkin, aku belum bukak hati aku sepenuhnya lagi and maybe, i did'nt try hard enough..

* hoping for a better tomorrow, insyaAllah *

-nursyasya rosman-

1 comment:

  1. kalau kita tak dapat apa yang kita suka,kita kena suka apa yg kita dapat.yes,truly it is hard.memang susah nk apply benda ni dalam hidup.but one day,bila kita dah ikhlaskan hati and berjaya,baru kita akan setuju dengan pepatah ni.istikharah adalah penyelesaian terbaik.wish you all the best :)

    ReplyDelete