Wednesday, October 2, 2013

new book chapter one

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum w.b.t.

firstly, nak meluahkan kekecewaan sebab target nak jadikan blog ni mini diary xkesampaian.. sob sob.. seniors ada suggest utk tulis diary but not that kind of 'harini I jumpa bla bla bla, dia pakai baju bla bla bla, cutenyer bla bla bla...', instead its more like a condensed schedule of that day.. apa aktiviti yg kita buat and our feedback to that activity.. kata senior, itu sebagai cara kita trace diri kita ni masih ada pada jalan niat atau pon kita dah tersasar.. andai kata kita tersasar, jauh ke sikit ke, kita tau salahnya kat mana.. dan kita masih boleh kembali ke pangkal jalan.. aku ingt nak la taip kat sini je sbb aku malas nak tulis kat buku.. but I guess.. hmmm.... we'll see..

anyhow, I'd safely arrived here in irbid (taraaaaaaa.. haha) on 12th September 2013.. and on this day, this day i'm typing the post, is my 9th day of class *ye saya tau kawan2 lain dah final exam dah... saya baru nak start belajar :( goodluck semua! buat lek lok* so far, Alhamdulillah.. rasanya kakiku ini yg dulunya sangat lembik dh aktif sikit kot.. dekat u ni banyak jalan, even dekat rumah pon nak bergerak pergi mana2 pon kebnyakannya aku jalan jugak.. actually, sama je benda ni, kalau aku kat Malaysia pon kena byk jalan jugak.. university mana yang kecik kan? it's just that mungkin ini budaya baru kot bagi aku.. lagi2 yg jalan bukan aku sorang, rakyat kat sini pon kebanyakannya prefer berjalan kaki.. jalanla bila2 masa pon, pasti akan ada ramai lagi yg jalan bersama..

tu satu - pasal budaya jalan kaki which is very healthy.. another aspect yg healthy kat sini is the food!! jus kat sini memang terangkat.. rasanya aku dah berbotol2 jus dah aku minum padahal sebulan pon xsampai lg jd pendatang kat sini.. memang sedap sgt.. buah2 jgn citerla, byk giler variety but you cant expect to find durian or cempedak here.. agak2 la kan.. apa yg pasti, buah zaitun, buah tin, belambak.. tepi jalan pon ada pokok zaitun tu.. pasal minyak masak pulak, tak mainla minyak kelapa sawit tuh.. kat sini suma org guna either minyak sunflower, jagung, even olive oil.. aku boleh berangan jadi org kaya kat sini sbb makan makanan yg mahal kalau kat Malaysia.. hehe.. ha.. ni nak point out, muhasabah sikit la, kat sini, makanan yg sihat, yg dianjurkan dalam Quran suma banyak, murah dan mudah didapati.. Tanah yang diberkati, dan aku bersyukur aku terpilih utk berada kat sini dan trace balik sejarah nabi2 dulu.. semoga ada keberkatan sepanjang keberadaan aku kat sini..

then apa lg blh citer.. ha.. kat sini moto xde sapa guna.. suma pakat pakai kereta sahaja.. kenapa? ntah aku pon xpasti.. tp mmg aku tak pernah nampak moto kat sini.. sebab tu la org dia ramai yg berjalan atau naik kereta.. ha, no wonderlah kan? hehehe.. study kat sini, okla.. lecturer guna bi.. so blh la faham, Alhamdulillah.. pasal ke'survive'an hidup pulak, little by little aku try improve.. tp setakat ni lancar je xde masalah..

then sekarang ni ambang syitak.. syitak tu apa? syitak tu musim sejuk.. pagi td tak silap aku 27 degree celcius.. xsejuk mana pon lg.. tp angin dia dah sejuk dah bg aku yg xpernah merasa winter ni.. desas desus mengatakan lepas raya haji ni atau hujung bln oktober ni official kot bermulanya peralihan musim tu.. sekarang pon waktu solat dah awal.. subuh dlm 4 lebih (aku selalu subuh gajah, malu!!), zohor dlm 12.30, asar 3.55 camtu, maghrib 6.30 and isyak im not very sure to be honest sbb slalunya aku buat keje lain time tu.. aku xsedar pon dah masok waktu, tau2 je dah masok.. dlm 7.50 something kot, kot.. nnt betul2 winter katanya kul 5 dah gelap dah, maghrib makin awal, alhamdulillah, boleh ganti puasa... hehehehe... terok kan?? astaghfirullah... apa2 pon, aku excited jugak sebenarnya.. tp takot pon ada jgk.. takut demam.. hehe.. anyway, it's something i'm looking forward to..

soalan 'mana better, Malaysia ke Jordan?'... honestly speaking, Malaysia is much better than here.. eventhough I love the seasons here but Malaysia is better.. bila ada kat sini, bru aku bersyukur dgn apa yg Malaysia ada.. selama ni xnmpk sebab suma cukup, tp bila da smpai kt Negara org, kita tau la erti 'cukup' tu apa sbnrnya.. dan soalan lagi 'xrindu Malaysia? bila nak balik?'... giler tak rindu...??!! orang yang aku sayang suma aku tinggalkan kat sana.. mama, abah, hakim, lea, kawan2, mak pak sedara, nenek, jiran, suma aku tinggal.. aku masih lg nangis walaupon aku dah biasa dengan keadaan kat sini.. malam2 jenguk luar tingkap tetiba airmata mengalir, perkara biasa yg aku xsangka boleh jdi kebiasaan aku.. what to do, perjalanan menuntut ilmu, suma orang rasa benda yang sama.. as for the 2nd question, tengoklah.. apa yg pasti, I don't have any plans to go back dlm waktu terdekat ni, maybe 2 thn lg, mungkin 3.. ada gak kawan2 ajak blk raya thn depan.. sejujonya aku xnak blk lg, tp kita lihatlah nanti bagaimana..

so I guess tu je kot sedikit sebanyak yg boleh aku citer.. act byk je lg blh citer tp ntahla.. mungkin dah lepas kot.. dah xfresh dan tak exciting nak khabar.. hehe.. insyaAllah ada rezeki, nanti post lagi?

it's not the distance that makes me cry, it's the time difference...
it feels so far and awkward when my lunch is already your dinner...
:(

syasya

No comments:

Post a Comment