Thursday, July 8, 2010

unappreciated! dissappointed.huh

apa perasaan kalau kita dipinggirkan oleh orang-orang yang sangat kita sayang??
mereka yang sentiasa berada di sisi kita sejak dari dulu..
susah senang sama-sama kita rasa..
tapi akhirnya kita berasa sangat-sangat kecewa
kerana 'ditinggalkan' macam itu sahaja..
.
itulah yang aku rasa sekarang..
sedih? sudah semestinya!
kecewa? sangat-sangat!
tapi apa boleh buat
dah nasib badan,
aku yang sayang 'mereka' tapi 'mereka' entah peduli ke tidak pasal aku..
macam tak je..
di mana silapnya aku sendiri masih buntu..
buat masa sekarang,
aku memang tengah kuatkan hati berhadapan dengan semua ini..
airmata mengalir kadang-kadang dah jadi rutin..
hatiku sangat-sangat-sangat-sangat terobek dengan semua ini..
aku tak mampu hidup tanpa mereka..
tapi itulah, mungkin ini takdir aku.
ALLAH nak uji kesabaran dan ketabahan aku..
aku GAGAL ya ALLAH!!
aku tak kuat, aku dah kalah dengan perasaan sendiri..
kenapa mesti aku??
kenapa bukan dia?? atau mereka yang lain??
apa memang perjalanan hidup aku, aku terpaksa mengalah??
dalam apa jua keadaan, aku tetap tewas??
adilkah begitu??
aku juga ada hak bukan??
aku tak nak persoalkan semua itu
cuma yang aku betul-betul terkilan ialah,
kehadiran aku langsung tidak dihargai oleh 'mereka'
tak kiralah apa pun yang telah aku usahakan
yang telah aku kerjakan,
semuanya sia-sia sahaja..
'mereka' tak pernah nampak dan tak ambil tahu pun..
aku bukan mahukan pujian atau apa-apa pulangan,
tetapi cukuplah dengan senyuman kebanggaan..
respon sekecil itu mampu membuat aku menarik nafas lega..
dan memang itu SAHAJA yang aku mahu untuk pastikan usaha aku berbaloi..
apa keterlaluankah permintaanku itu??
.
apa hanya kerana aku seorang _________,
aku harus membataskan keperluan dan kehendakku??
kehendakku, ya, sememangnya itu yang aku selalu tolak tepi..
tetapi keperluanku?? aku tak mampu menolak..
sudah nama pun keperluan, tidak boleh tidak, itu harus ada padaku..
andainya aku mampu menanggung keperluanku dengan sendiri,
percayalah, aku akan lakukan..
aku tak berniat untuk menyusahkan 'mereka'
tetapi sekarang itu,
aku masih kekurangan..
aku perlukan sokongan untuk aku teruskan hidup
yang insyaALLAH masih panjang, dan berduri..
jadi aku tidak punya pilihan..
aku harus meminta-minta, menjadi pengemis kasih..
pedulilah, aku pun bukannya 'orang asing' pada mereka.
.
setakat ini, aku bertahan kerana aku tahu aku masih ada Dia
aku yakin Dia menyayangiku..
tetapi aku yang sombong,
aku mengaku, cintaku pada-Nya masih belum teguh..
belum terlalu kukuh..
aku masih tersungkur dengan cinta dunia..
sekurang-kurangnya, aku sedang cuba membina jati diri..
bersihkan hati dengan cinta-Nya..
aku akan cuba, kerana hanya Dia yang aku ada..
hanya Dia!
bantulah aku YA RABBI..
.
yang berkali-kali dikecewakan,
_________ ...

No comments:

Post a Comment